wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Thursday, June 30, 2011

bertunang tanpa sedar?>!

Percaya atau tidak, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyataka...n hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawa rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tiada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila seseorang perempuan itu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tidak mencapai baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan itu hilang keupayaan akal(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

utk pengetahuan bersama.

renungan..^_^

Masjid adalah Pasar akhirat . .
Buku adalah teman Setia sepanjang masa . .
Amal baik adalah Penghibur dalam kubur . .
Akhlaq yang baik adalah Mahkota kemuliaan . .
kemurahan hati adalah pakaian yang paling Indah . .

Thursday, June 23, 2011

jika..

Jika anda melihat orang kafir, jangan menghina dia tetapi BERSYUKURLAH kepada Allah kerana anda berada dalam Islam.
Jika anda melihat orang yang keji jangan mengutuk nya tetapi BERSYUKURLAH kepada Allah kerana anda berada di dalam taqwa.
Jika anda melihat orang yang bodoh jangan mengeji dia tetapi BERSYUKURLAH kepada Allah kerana anda masih memiliki ilmu.
Dan jika melihat orang yang ditimpa bencana maka BERSYUKURLAH kepada Allah kerana anda terhindar darinya......

Antara perkara yg bermanfaat daripada ber'couple':

1) Seronok (dapat fitnah).

2) Seronok (dapat dosa).
......
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan).

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada).

5) Banyak habiskan duit (lebih baik guna untuk bersedekah).tidak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan.

6) Banyak risau (takut awek, orang lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pula risau!).

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa).

8) Lebih mengutamakan awek daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja...yang lain dah tak kisah).

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pula).

10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA drpd saham PAHALA.

juwm renungkan..:)

◕solat:5 waktu shri(1 wktu=10 minit)10 mnit x 5 waktu=50 minit
◕tidur:sehari 8jam=480 mnit
◕mkan:3 kli shri(skli mkn 20 minit) 20 mnit x 3=60 mnit
◕mnonton tv:shri 3 jam=180 mnit
◕bersembang\internet:sehari 2 jam=120 mnit
...◕bekerja:shri 8 jam=480 mnit

allah s.w.t mngurniakan kita shri 24 jam(1440 mnit) sehari.Apa yang pling sdikit kita lakukan dalam tempoh masa tersebut??perkara yang pling sedikit itulah membri keselamatan kpada kita sehingga hri akhiratkelak..fikir2kanlah,,

ustazah pilihan

Baru-baru ini, muslimah-muslimah di Malaysia digembar-gemburkan dengan program realiti TV yang baru, “Ustazah Pilihan”. Kata mereka (penerbit), untuk mencari ikon muslimah sejati. Dengan ramalan sehangat sambutan Imam Muda, saya yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini.

'Ustazah Pilihan' merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru akan muncul di Astro Oasis.

Tujuan program ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memaparkan para muslimah yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati. Pendek kata, mana-mana 'ustazah' yang memenangi program realiti TV ini bakal dilihat seperti ‘bidadari dunia’, sempurna untuk hati seorang lelaki.

Bagi saya, program ini sama sekali tidak sesuai. Bukan kerana identiti syiar Islam tidak suka dipertonton, tapi menyalahi konsep seorang muslimah yang penuh dengan sifat Al-Haya (Pemalu). Bagi saya :


1. Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. Nabi SAW bersabda : “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 14 : "Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita....".

Dalam konteks ini, muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya. Perhiasan yang cantik, jika ditontoni pasti mengundang bahaya. Bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…), bahkan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi 'title' muslimah itu sendiri.

Silap hari bulan, suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal kerana ketokohan, tetapi terkenal dengan kata-kata begini : “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”

2. Muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin, malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.

Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan… Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?

3. Rancangan ini tidak mahu tidak ia sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati. Muslimah bukan lah perempuan murahan. Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama.

Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia? Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya. Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan. Tetapi, apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…


KESIMPULAN


Seorang muslimah mudah masuk syurga apabila beliau taat pada Allah dan taat pada suaminya. Tidak perlu digilapkan dirinya menjadi pendakwah yang terbaik setanding muslimin kerana apabila ia mengundang kemurkaan suami, telah jadi fitnah ke atas dirinya, tetap tidak masuk syurga.

Bagi muslimin pula, itu adalah tugas kita menjadi pendakwah yang baik. andai menjadi suami yang baik untuk si isteri, tetapi tidak berusaha untuk menjadi pendakwah yang terbaik, kita mungkin boleh masuk syurga, tetapi kita BERPELUANG JUGA DI TARIK KE NERAKA KERANA TIDAK TAHU MACAM MANA NAK MENJADI ‘IMAM’ (Pemimpin ummah) MUDA YANG SEBENAR… Nauzubillah.

by: Nurul Amira

P/S :(Diambil dr sebuah blog ---dan kata penulis blog itu adalah seperti berikut :

"Ada antara rakan sekerja mengusik : “Aku nak tengoklah rancangan tu.. Nak cari jodoh”.

" Jika saya, mana-mana muslimah yang masuk rancangan tu, memang ‘automatic reject’ dari list ;)

"Memang kena reject orang yang join bende ni, xkan la kita nak kawin dengan pompuan yang jadi bahan borak orang ramai. Eee..tak tenang hidup aku"

malu OR TAK malu?

Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh
ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai
batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal
diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah
auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita
gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita
lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan
oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan
si wanita agar bersama-sama jaga maruah
diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri
dan si wanita tentang batas-batas sosial
pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan
mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si
wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan
dengan kata “TAKUTLAH AKAN ALLAH !”

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki
MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa
tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si
lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU
ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah
menzalimi diri dengan meletakkan MALU
itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana
ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw
kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas
membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar wal
mungkar!!!

P.s:
“Innasolatatanha anil fahsyaar iwal
munkar” Maksudnya: Sesungguhnya solat
itu dapat mencegah kita dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.
Wallahua’alam bissawab~Nuraiman~

dakwah dusta

Ada sebuah kisah cantik yang dikutip oleh Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan dalam Taujih Ruhiyah-nya. Kisah menarik ini, atau yang semakna dengannya juga termaktub dalam karya agung Ibnul Qayyim Al Jauziyah yang khusus membahas para pencinta dan pemendam rindu, Raudhatul Muhibbin.

Ini kisah tentang seorang gadis yang sebegitu cantiknya. Dialah sang bunga di sebuah kota yang harumnya semerbak hingga negeri-negeri tetangga. Tak banyak yang pernah melihat wajahnya, sedikit yang pernah mendengar suaranya, dan bisa dihitung jari orang yang pernah berurusan dengannya. Dia seorang pemilik kecantikan yang terjaga bagaikan bidadari di taman surga.

Sebagaimana wajarnya, sang gadis juga memendam cinta. Cinta itu tumbuh, anehnya, kepada seorang pemuda yang belum pernah dilihatnya, belum pernah dia dengar suaranya, dan belum tergambar wujudnya dalam benak. Hanya karena kabar. Hanya karena cerita yang beredar. Bahwa pemuda ini tampan bagai Nabi Yusuf zaman ini. Bahwa akhlaqnya suci. Bahwa ilmunya tinggi. Bahwa keshalihannya membuat iri. Bahwa ketaqwaannya telah berulangkali teruji. Namanya kerap muncul dalam pembicaraan dan doa para ibu yang merindukan menantu.

Gadis pujaan itu telah kasmaran sejak didengarnya sang bibi berkisah tentang pemuda idaman. Tetapi begitulah, cinta itu terpisah oleh jarak, terkekang oleh waktu, tersekat oleh rasa asing dan ragu. Hingga hari itu pun tiba. Sang pemuda berkunjung ke kota si gadis untuk sebuah urusan. Dan cinta sang gadis tak lagi bisa menunggu. Ia telah terbakar rindu pada sosok yang bayangannya mengisi ruang hati. Meski tak pasti adakah benar yang ia bayangkan tentang matanya, tentang alisnya, tentang lesung pipitnya, tentang ketegapannya, tentang semuanya. Meski tak pasti apakah cintanya bersambut sama.

Maka ditulisnyalah surat itu, memohon bertemu.

Dan ia mendapat jawaban. ”Ya”, katanya.

Akhirnya mereka bertemu di satu tempat yang disepakati. Berdua saja. Awal-awal tak ada kata. Tapi bayangan masing-masing telah merasuk jauh menembus mata, menghadirkan rasa tak karuan dalam dada. Dan sang gadis yang mendapati bahwa apa yang ia bayangkan tak seberapa dibanding aslinya; kesantunannya, kelembutan suaranya, kegagahan sikapnya. Ia berkeringat dingin. Tapi diberanikannya bicara, karena demikianlah kebiasaan yang ada pada keluarganya.

”Maha Suci Allah”, kata si gadis sambil sekilas kembali memandang, ”Yang telah menganugerahi engkau wajah yang begitu tampan.”

Sang pemuda tersenyum. Ia menundukkan wajahnya. ”Andai saja kau lihat aku”, katanya, ”Sesudah tiga hari dikuburkan. Ketika cacing berpesta membusukkannya. Ketika ulat-ulat bersarang di mata. Ketika hancur wajah menjadi busuk bernanah. Anugerah ini begitu sementara. Janganlah kau tertipu olehnya.”

”Betapa inginnya aku”, kata si gadis, ”Meletakkan jemariku dalam genggaman tanganmu.”

Sang pemuda berkeringat dingin mendengarnya. Ia menjawab sambil tetap menunduk memejamkan mata. ”Tak kurang inginnya aku berbuat lebih dari itu. Tetapi coba bayangkan, kulit kita adalah api neraka; yang satu bagi yang lainnya. Tak berhak saling disentuhkan. Karena di akhirat kelak hanya akan menjadi rasa sakit. dan penyesalan yang tak berkesudahan.”

Si gadis ikut tertunduk. ”Tapi tahukah engkau”, katanya melanjutkan, ”Telah lama aku dilanda rindu, takut, dan sedih. Telah lama aku merindukan saat aku bisa meletakkan kepalaku di dadamu yang berdegub. Agar berkurang beban-beban. Agar Allah menghapus kesempitan dan kesusahan.”

”Jangan lakukan itu kecuali dengan haknya”, kata si pemuda. ”Sungguh kawan-kawan akrab pada hari kiamat satu sama lain akan menjadi seteru. Kecuali mereka yang bertaqwa.”

Kita cukupkan sampai di sini sang kisah. Mari kita dengar komentar Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan tentangnya. ”Apa yang kita pelajari dari kisah ini?”, demikian beliau bertanya. ”Sebuah kisah yang indah. Sarat dengan ’ibrah dan pelajaran. Kita lihat bahwa sang pemuda demikian fasih membimbing si gadis untuk menghayati kesucian dan ketaqwaan kepada Allah.”

”Tapi”, kata beliau memberi catatan. ”Dalam kisah indah ini kita tanpa sadar melupakan satu hal. Bahwa sang pemuda dan gadis melakukan pelanggaran syari’at. Bahwa sang pemuda mencampuradukkan kebenaran dan kebathilan. Bahwa ia meniupkan nafas da’wah dalam atmosfera yang ternoda. Dan dampaknya bisa kita lihat dalam kisah; sang gadis sama sekali tak mengindahkan da’wahnya. Bahkan ia makin berani dalam kata-kata; mengajukan permintaan-permintaan yang makin meninggi tingkat bahayanya dalam pandangan syari’at Allah.”

Ya. Dia sama sekali tak memperhatikan isi kalimat da’wah sang pemuda. Buktinya, kalimatnya makin berani dan menimbulkan syahwat dalam hati. Mula-mula hanya mengagumi wajah. Lalu membayangkan tangan bergandengan, jemarinya menyatu bertautan. Kemudian membayangkan berbaring dalam pelukan. Subhanallah, bagaimana jika percakapan diteruskan tanpa batas waktu?

”Kesalahan itu”, kata Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan memungkasi, ”Telah terjadi sejak awal.” Apa itu? ”Mereka berkhalwat! Mereka tak mengindahkan peringatan syari’at dan pesan Sang Nabi tentang hal yang satu ini.”

Ya. Mereka berkhalwat! Bersepi berduaan. Ya. Sang pemuda memang sedang berda’wah. Tapi meminjam istilah salah seorang Akh yang paling saya cintai dalam ’surat cinta’-nya yang masih saya simpan hingga kini, ini adalah ”Da’wah dusta!” Da’wah dusta. Da’wah dusta. Di jalan cinta para pejuang, mari kita hati-hati terhadap jebakan syaithan. Karena yang tampak indah selalu harus diperiksa dengan ukuran kebenaran.

taken from: Jalan Cinta Para Pejuang/Cinta Bersujud Di Mihrab Taat/Selingan Cinta dari Khazanah Lama
by Salim A. Fillah

antara realiti dan kenyataan

3 minit je..
Assalamualaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....3 Minit je, tak lama pun.. .......... Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg M...aha Pemurah lagi Maha Pengasih...Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana..adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah.... "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... " "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa?gelak tu kan realiti.. :)

biarlah...

Biarlah gelak beradab.
Biarlah sedih berpahala.
Biarlah tunduk berhadap.
Biarlah penat berbaloi.
Biarlah rehat bertujuan.
Biarlah bangun bekerja.
Biarlah duduk memberi.
Biarlah membaca berfokus.
Biarlah hati berbunga.
Biarlah Hidup Bermakna.
Biarlah mati tersenyum.
Biarlah mayat mewangi.
Biarlah penat terbalas.

dialog antara iblis dan Allah..

Di dalam kitab Makadiyus-Syaitan Wahailuhu, Ibnu Abi Dunya berkata: "Abu Bakar At-Tamimi menceritakan kepadaku, daripada Ibnu Abi Maryam daripada Yahya bin Ayub daripada Ibnu Zahr daripada Ali bin Yaziz daripada Qasim daripada Abi Umamah daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya ketika iblis dihalau ke bumi, ia berkata (dalam dialog) seperti berikut:

Iblis: Ya Tuhanku, engkau telah menghalauku ke bumi dan engkau jadikan aku sebagai makhluk penderhaka, kerana itu berikan kepadaku satu rumah untuk tempat tinggal!
Allah: Rumahmu adalah tandas dan tempat kotor.
Iblis: Berikan kepadaku suatu majlis (dewan tempat berhimpun).
Allah: Pasar-pasar dan jalan-jalan tempat orang ramai berkumpul.

Iblis: Berikan makanan kepadaku!
Allah: Setiap yang tidak disebut dengan nama Allah ketika hendak memakannya.

Iblis: Berikan minuman kepadaku!
Allah: Setiap yang memabukkan

Iblis: Berikan kepadaku Muazzin (alat untuk memanggil)
Allah: Semua seruling dan alat muzik.

Iblis: Berikan Quran kepadaku!
Allah: Quranmu adalah syair(lagu)

Iblis: Berikan kitab kepadaku!
Allah: Kitabmu adalah permusuhan (dendam kesumat).

Iblis: Berikanlah Hadis kepadaku!
Allah: Hadismu adalah Kebohongan dan Dusta.

Iblis: Berikan kepadaku seorang Rasul(utusan).
Allah: Rasulmu adalah tukang tenung, ahli sihir dan bomoh Ilmu Hitam.

Iblis: Berikan kepada ku perangkap!
Allah: Perangkap mu adalah kaum PEREMPUAN....

untukmu bakal isteriku..

Assalamualaikum wrt. wbt..

Untukmu, Bakal isteriku….

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu. ✿ Ü“

❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤~ same2lah kite berMUHASABAH ~..
'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai...hamka

dirimu dimataku..

Wanita solehah ibarat bunga mawar yg putih berseri..
bersih warnanya seperti indah keimanan kepada ILAHI..
wanita solehah menjadi idaman para lelaki..
yang tak bisa dimiliki jika hati tidak direlai.."

"Wanita solehah Bidadari di syurga..
kecantikannya berlipat kali ganda dr wanita dunia..
wanita solehah adalah anugerah terindah dr yg Maha Kuasa..
bersyukur kehadrat Tuhan yang Maha mencipta..."

Walau dirimu masih belum menjadi wanita solehah yg sempurna..
jangan mudah rasa kecewa,kerana masih ada masa..
untuk kau memperbaiki diri dari semasa ke semasa..
bukan mudah menjadi wanita solehah..
namun menjadi mudah apabila kita berilmu & beriman..
Insya'ALLAH..pada-NYA jua temapat bermohon..
semoga dirimu menjadi wanita solehah yg menjadi idaman..
Amin Ya Robbal Alamin..."

ampunilah ku/...

✿◕♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥¸.... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥
♥Maaf Ya Allah jika hamba lupa dengan smua nikmat dariMu
♥Maaf Ya Allah jika hamba sombong mrasa semua nikmat ini adalah kewajibanMu
♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling beriman diantara manusia yg lain
♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling benar diantara mahlukMU
♥Maaf Ya Allah jika hamba menunda sholat fardhuMu
♥Maaf Ya Allah jika lisan hamba menyakiti mahlukMU...
"Ampunkanlah sgala d0sa2 silam hamba Ya Allah..."..

pada suatu hari..

Pada suatu masa nanti,
Kita pasti dirisik,
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hadap berlangsung perkahwinan dengan maut..
Hantarnya sakit dan nazak..
Tamunya bertandang menghadiahkan tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju putih.
Wangian cendana jadi pelamin..
Pengantin bersanding bersandaran..
Diarak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah qudus..
Akad nikah dengan talqin..
Berwalikan liang lahad..
Bersaksikan nisan-nisan..

sekadar rungangan bersama..:)

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...

Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...

Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...

Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,&

surat cinta untuk kekasih

Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat. Sayang, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih baik darimu. Yang Tak pernah Mengantuk dan Tak Pernah Tidur. Yang siap terus menerus Memperhatikan dan Mengurusku.... Yang selalu bersedia berduaan di sepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apapun yang kuminta. DIA yang Bertahta, Berkuasa, dan Memiliki Segalanya. Maaf sayang, tetapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding Dia. Kau sangat lemah, kecil, dan kerdil di hadapanNya. Walaupun kau begitu rupawan lagi cantik, DIA lebih indah dan bercahaya dari dirimu. DIA berbuat apa saja sekehendakNya kepadamu. Dan sayang, aku khuatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut, hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal Dia, Maha Kuat, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya. Sayang, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti akan ditanyakan olehNya. DIA boleh murka. Marah kerana aku telah berbuat hal-hal yang tak sepatutnya padamu, marah kerana aku pernah mendahului takdirNya dengan mengajakmu untuk menungguku menjadi isteriku kelak padahal itu belum pasti adanya. Dia boleh Marah. Tetapi sekali lagi semua belum terlambat. Kalau kita bertaubat sekarang, semoga DIA mahu Memaafkan dan Mengampuni. Sayang, DIA Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana. Sayang, jangan marah. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku padaNya, tidak pada selainNya. Tetapi tak cuma aku, Sayang, Kau pun boleh menjadi kekasihnya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan. Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. Insya Allah, DIA mempunyai rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya, lelaki soleh yang pasti lebih baik dari diriku saat ini. Itulah ikatan terbaik. Tak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin di dunia. Tak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah di telaganya, lalu baginda pun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari aiskrim beku. Maaf, ukhti. Tak baik rasanya aku berlama-lama menulis urat ini. Aku takut ini akan merosak hati. Aku tak ingin engkau memiliki sedikit rasa ria (sombong) sedikitpun di hatimu ketika akan beribadah, kerana itu sangat dibenci oleh Allah dan tak akan diterima amalnya. . ♥Jangan pernah ditanya sebesar mana cintaku padamu. Kerana yang pasti ku tak akan mencintaimu melebihi penciptaku. ♥Jangan pernah ditanya pula apakah cintaku padamu tak akan luntur. Kerana yang pasti ku tak akan melunturkan cintaku kepada penciptaku. ♥Dan jgn sekali-kali bertanya apakah aku tak akan mengkhianatimu. Kerana yang pasti ku akan selalu mencintai penciptaku.

cinta dalam diam-diam..^_^

CINTA DALAM DIAM~ Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya.. Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu .. Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya .. Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ... Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ... Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah .... Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ... Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ... Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya?? Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ... Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ... Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ... Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan... Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya... Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah.. " Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49) " Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32) " Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS. Ar-Ruum:21) Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah... " Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) " " Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32) Cukup cintai ia dalam diam... bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.. Cukup cintai ia dari kejauhan... karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga... Cukup cintai ia dengan kesederhanaan... memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan... Maka cintailah ia dengan keikhlasan... karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...? "...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) " " Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) " Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan... karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya... " Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

muhasabah cinta

(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ Ü“
´*.¸.•´`MUHASABAH CINTA
●/
/▌.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸
/ \ jangan bimbang andai diri kita tak rupawan
...... tapi bimbanglah andai akhlak kita jadi murahan
....jangan bimbang andai kita belum berpasangan
....tapi bimbanglah andai kita belum mendapat cinta daripada ALLAH
__..•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸

rinduku...

(¯`*•.¸♥.Rindu Qu...

Engkaulah satu Maha Esa.
Pencipta langit jagat raya.
Semua menyembah padaMu Tuhan.
Tiada Tuhan selain Allah.

FirmanMu dalam kitab suci.
Terdengar sajadah tua menangis.
Lantunan ayat terucap Illahi.
Merdu...
Allahhu Akbar Sujud berdiri.

Hati ini rindu padaMu Allah.
Wajahmu kian samar samar.
Bersembunyi di langit Surga.
Ku ingin bertemu padaMu Robbi.
Sang Penyayang dan Pengasih.
Lewat Surga tempatku terakhir.
Menyandang Al Quran hidup abadi.(¯`*•.¸♥Q

bukan senang..

Bukan senang untuk mencipta rindu pada Ilahi.
Bukan senang untuk mengapai ArasyNya
Bukan senang untuk jadi pemberani.
Bukan senang untuk mNdapat aura syurga yang redup dan hidup terus menerus menanti kita.

Hanya mereka yang punyai karisma dan bergelombang jiwa di jalan ini sahaja yang mampu diiringi malaikat bersama sutera putih yang lembut bertemu teman bidadari.

tiupan sangkakala

seandainya kaum hawa itu pendorong kaum adam dikala susah dan senang kenapa ada sesetengah sanggup kaum hawa sanggup menyepak,terajang dan memperlakukan suaminya seperti hamba tawanan..tahukah anda kaum hawa yg sudah berkahwin itu syurganya sudah terletak dibawah telapak kaki seorang suami bukan lagi pada seoarng ibu..?

kenapa susahnya sesetengah kaum hawa sukar untuk menghormati suami bilamana apa yang dicari pada seorang suami tidak ada seperti yang diingnkan mengikut kehendak hati..dan bila mana dipaksa mengahwini seorang suami kerana mengikut kehendak keluarga..?bukankah apa yang terjadi adalah takdir yang tertulis untuk kita..takkan terjadi sesuatu perkara tanpa maksudnya..sesungguhnya Allah mengizinkan sesuatu itu terjadi melainkan mempunyai maksud yang cuba disampaikan olehNya......

Wahai sahabatku yang dihormati,

Hebatkah seorang isteri bila memiliki lulusan ilmu yg diiktiraf dari pihak profesioanl luar negara yang terkenal tetapi tidak pandai menghormati sang suami...?
hebatkah seorang isteri bila memiliki segunung harta yang tidak ada pada sang suami..?
hebatkah seorang isteri bila memiliki kepandaian duniawi melebihi kepandaian sang suami..?
hebatkah seorang isteri bila memiliki kecantikan yang sempurna yang mana merasakan kecantikan yang dimilikinya membuatkan sang suami harus patuh kepadanya..?
hebatkah seorang isteri bila mana mempunyai status keluarga yang disegani masyarakat sehinggakan merasakan suaminya harus menghormatinya dengan status tersebut...?

Hinakah seorang suami bila mana tidak memiliki sekeping pun ilmu yg diiktiraf dari pihak profesional luar negara tetapi mempunyai cukup ilmu ukhrawi untuk mgajak isteri kejalan menuju redhaiNya..?
Hinakah seorang suami yang tidak mempunyai harta untuk diberikan pada sang isteri...?
Hinakah seorang suami bila tidak mempunyai ilmu dan dan kepandaian sperti mana yang dimiliki sang isteri..?
Hinakah seorang suami bila tidak mempunyai rupa yang handsome untuk membuat sang isteri patuh padanya..?
Hinakah seorang suami bila tidak memiliki status keluarga yg disegani masyarakat untuk membuatkan sang isteri menghormatinya..?

Salahkan siapa...?

Salah ibu dan ayah yang meminta...?Sedarlah...
Setiap ibu dan ayah hanya mahukan yang terbaik untuk setiap anak -anaknya..Sama ada perkahwinan itu sesuatu yang bermula dari rasa cinta atau perkahwinan yang bermula kerana aturan keluarga semuanya adalah atas kehendakNya..

Salah anak yang terpaksa mengikut kehendak ayah dan ibu..?
Wahai anak..sekalipun ayah dan ibumu memaksamu..anggap saja semuanya adalah yang terbaik untuk anda..belajarlah mencintai suamimu kerana Allah..pasti saja rasa itu akan datang dan anda akan melihat segala kekurangan suami yang dilihat menjadi kesempurnaan yang tidak ada pada lelaki lain...sesungguhnya kesempurnaan itu milik Allah..

Salah lelaki yang bakal menjadi suami anda...?sedarlah..
Dia juga terpaksa mengahwini anda kerana mengikut kehendak ayah dan ibunya tapi dia lebih pasti yang semuanya adalah jodoh dari Allah untuknya..walaupun sedar akan kekurangan diri untuk berdiri sama tinggi dengan anda...tetapi kasihnya seorang suami hanya Allah yang tahu..dia tidak sanggup melihat anda dimamah api neraka sehingga dia sanggup mengetepikan kepentingan diri dan berkwhwin dengan anda...supaya anda tidak derhaka pada ibu dan ayah anda..itulah..kasih suami bawa ke syurga...

tahukah anda sesetengah kaum hawa betapa besarnya pahala anda sekiranya anda berlaku baik untuk suami anda..redhanya adalah milik anda sekiranya anda mempelakukannya seperti mana yang suami anda mahukan..tidak semestinya anda mempunyai cukup kesempurnaan asalkan anda mampu membahagiakannya..Syurga pasti milik anda...:-)

pengajaran yang saya dapat daripada cerita " Tiupan Sangkakala" yang berlangsung di TV3 tadi...satu cerita yg mampu membuat mana2 kaum hawa menyedari akan kekurangan diri...kasih nya suami pada isteri hingga akhir hayatnya..namun si isteri hanya berubah dan menyedari kelebihan suami bila dia sudah pergi menyambut seruanNya...sayangnya semuanya sudah terlambat...semoga cerita yang dipaparkan memberi pengajaran buat sahabat yang masih belum bergelar isteri pada seorang lelaki...hormatilah mereka yang bakal menjadi kekasih halal kita..supaya syurga akan menjadi milik kita bersama...ayuh sahabat...!!,,

aku hanya wanita biasa wahai wildan ku...

Aku Hanya Wanita Biasa wahai wildanku...
Untukmu Wildan Hatiku..
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terimakasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih..Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna..Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menjengkelkan.. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-.. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.. Atau karena seharian ku harus membersihkan istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari bekerja.. Atau kau akan menemukanku tersengut2 menahan ngantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang meragam.. dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukn tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang kuperlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahann si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..

Balasan darimu untukku..
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.....

saat terciptanya hawa...

Saat Terciptanya Hawa dari tulang rusuk Adam..ketika Adam berada di syurga, apa sahaja yang ada didalam syurga itu berupa nikmat! segala nikmat yg xprnh berkurang.. namun.. Adam ttp glisah dan resah dlm kesepian..
itulah satu2nya kekurangan yg dirasakan Adam di syurga..dia memerlukan seorang teman yg akan mendampinginya dlm kesenangan yg xterkata itu. Demi memenuhi jiwanya yg kesunyian, Adam akan turun ke bawah pohon2 rendang mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi indah. Namun.. hatinya tidak tenteram, malah makin tertikam.. tatkala angin bertiup sepoi2 bhsa dan dedaunan mendesirkan suara sayup2 maka terkesanlah di hati Adam akan perasaan sayu. Dirasakan sprti derita batin disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
tetapi..Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyiannya itu kepada Allah. Allah Maha Mengetahui akan apa yg tersembunyi dalam kalbu hambaNya.Ketika Adam sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri.Adam tidak berasa apa2 ketika tulang rusuknya dicabut oleh Malaikat Jibril. dan dgn kudrat Allah yg apabila ia mengkehendaki terjadi ssuatu, cukup dgn berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Juga sebagai pelengkap kurnia yg dianugerahkan kpd Adam. Justeru Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yg boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam.
Hawa dduk bersandar pada bantal lembut, diatas sebuah tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak yg sedang terbaring tidak jauh di depannya. Butir2 fikiran dan perasaan yg bergelombang dalam sanubari Hawa itu seolah2 merupakan arus elektrik yg datang mengetuk kalbu Adam. Ia langsung berasa seperti sebuah mempi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam..
Ketika terjaga , alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk manusia seperti dirinya tidak jauh dari tempatnya sedang berbaring. Beberapa kali Adam mengosok matanya kerana tidak percaya pada apa yg dilihatnya.
Hawa diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang ternyata memberikan sinar harapan bagi hati yg melihatnya.
Sesungguhnya memang diciptakan Hawa itu dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna! Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, peindahan, kasih sayang, kesucian, keibuan, dan segala sifat keperibadian yg terpuji. Ia wanita tercantik yg menghiasi Syurga! dan kecantikan itu yg diwariskan turun-temurun.. dan daripadanyalah maka ada kecantikan yg diwariskan kepada semua wanita yg datang selepasnya..
Adam tidak kurang hebatnya!dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa walau sekecil cacat pada dirinya. kerana Adam itu makhluk yg dicipta secara langsung oleh Allah SWT tanpa perantaraan. Semua kecantikan yg ada pada seorang lelaki terhimpun padanya. dan kecantikan itu jugalah yg diwariskan kepada semua lelaki selepasnya sebagai anugerah Allah kepada makhlukNya yg bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan, kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..
Kata2 yg pling segar dan diingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus-putus "... ku.. a.. ku.. aku.. dijadikan untukmu!"kata-kata itu nikmat yang menambah kemeraan Adam dan Hawa. Adam sedar nikmat itu datang daripada Tuhan, dan cinta juga datang daripada Tuhan. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam. Cinta kepada Hawa beerti cinta kepada Pencipta..
diperintahkan kepada semua malaikat di langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon 'Syajarah Thuba', menjadi saksi atas pernikahan Adam & Hawa..
Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman .."Segala puji adalah KepunyaanKu, segala Kebesaran adalah pakaianKu, segala Kemegahan adalah hiasanKu dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah kekuasaanKu. menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua-dua ciptaanKu dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya bertahlil dan bertahmid kepadaKu!"
Subhanallah....

akulah muslimah itu..

Wahai kaum adam…
Karena apa kau mencuri hati kaum hawa??
Karena apa kau menyintai kaum hawa..??
Karena apa kau menyayangi kaum hawa…??
Karena apa kau menyunting kaum hawa…??
Wahai kaum adam…
Adakah karena kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah karena kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah karena kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah karena kau ingin menyeksa jiwa raganya…??

Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??
Dan…apakah erti kesetiaan pada kalian…???
Wahai kaum adam…
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula…jika kau memerlukannya…??

Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah…kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..
dirobek..disiat oleh kalian...
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam…
Wahai kaum adam…
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian…
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian…
Sesungguhnya…
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya karena Allah…
karena Dia..pemilik segala Cinta…Dia-lah Pencinta Sejati…

karya: IBNU KHALDUN...
p/s: aku wanita yang mendambakan cinta yang hakiki..^^


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Monday, June 6, 2011

sahabat

Andai ku bisa memetik bintang

Akan kuhadiahkan buatmu..



Andai ku bisa mencapai pelangi..

Pasti kuberikan padamu…



Andai ku bisa menongkah awan

Tentu kubawa dirimu bersama..



Andai ku terpilih ke Syurga

Kupinta dirimu bersama..



Sahabatku,



Kau kukasihi kerana-Nya…

Jangan biar dirimu terlupa..

Terlupa siapa engkau..

Terlupa siapa DIA…

Terleka mengapa kita di sini..

Terlena dalam lazatnya fana..













Sahabatku,



Kau dan aku tahu..

Perjuangan kita pasti..

Ia suatu yang mesti..

Ia menuju hakiki..

Nun di sana pasti..

Syurga menanti..













Kaulah kawan, sahabat dan teman….









Aku berjuang,

Kau siapkan assignment kita..

Berhempas pulas ke sana ke mari..

Bersengkang mata berhari-hari..

Kita semua

Bergelimpang di sana sini

Bukan syahid belum pun mati..

Aku menangis,

kau datang memujukku..

Kau mengerti dukaku

Aku kata tinggalkan kusendiri..

Bila tenang, kau kucari..

Kau bilang aku pimpin mereka..

Kau pula jaga ‘pointer’ kita..

Biar sama naik..sama gelongsor…

Bicaramu satu tarbiyah

Kau menegurku biarpun payah

Kau cermin diriku

Tak bisa menipu

Kau marahkan aku..

Kau tegur aku…

Kau bilang aku degil..

Kau buat aku terkebil-kebil..

Aku bilang kau pun sama..

Kau bilang manakan sama

Akhirnya kita gelak saja..

Biar seribu duka..

Kita masih punya bahagia..

















Sahabatku,



Aku bahagia bersamamu..

Biarpun berat isu dikupas

Siang malam ber’meeting’ sakan..

Bukan kita mencipta malas..

Tapi kita punya wawasan..

Tidak sekali kita mengadu..

Apatah lagi di hari mendung

Namun kita punya Tuhan

Dialah Tuhan sebagai Pelindung..

Biar wajahmu mengundang duka..

Tapi bibirmu mantap bicara

Biar jiwaku meruntun sayu..

Namun semangatku sentiasa membara

















Sahabatku…







Andai alam mampu berkata-kata..

Pastilah pujian buat dirimu..

Tiga tahun bukanlah lama…

Namun cukup untuk kukenalimu..

Buruk baikku kauterima..

Biar dibuang, dihina…kau tetap di sisi…

Sehala, sefikrah…

Jurusan E-Commerce,

Business mahupun Syariah..

Biar pandangan kita sering berbeza…

Aliran Syariah itulah peganganmu..

Aliran Usuluddin itulah prinsipku..

Tapi, matlamat kita satu…

Berjuang itu wajib!

Demi ALLAH Tuhan kita!

Itu titik kita bertemu..

Di situ kita bersatu…





Sahabatku sayang,



Bukannya kita tidak tahu

Berjuang ertinya berkorban

Berkorban ertinya terkorban

Tapi kita punya mahu

Ikut apa Tuhan mahu

Bukan apa mereka mahu

Bukan ini soal maruah

Bukan kita mengundang marah

Biar rebah jangan berubah

Tak kirala walaupun susah

Tidak kita inginkan wang

Dari dahulu sampai sekarang

Biar terbuang tetap berjuang



Sahabatku

Teruslah ke hadapan

Tepuk dada tanya iman

Adakah kita masih berjuang?

Atau kita semakin alpa

Kata orang mengapa sibuk

Sepanjang masa tiada henti..

Kita kata kita nak mati..

bila-bila masa tak tahu hari

Mereka ketawa bersuka ria..

Sedangkan kita berkerut dahi..

tak kira masa mahupun hari

memikir-mikir masalah ummat

Walaupun hati ditumbuk lumat..

Ada dua jenis jihad

Jihad yang am dan yang khas..

Yang mana yang kita lakukan..

Redha Tuhan yang kita harapkan

Kita tetap mesti laksanakan.

Biar mati di tangan lawan

Tidak ingkar melawan Tuhan



Takbir! ALLAHUAKBAR!



~~..:”Terima kasih buatmu, TEMAN”:..~~

May our beautiful friendship forever

till Jannah

pasangan

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar Rum : 21)

Sahabat Hikmah...

Dalam memilih pasangan dan berkeluarga

Tentu kita ingin mendapatkan yang terbaik.

Tetapi kadang kita hanya ingin mempunyai pasangan yang terbaik.

Tetapi diri kita belum baik...

Apakah kita akan mendapatkannya ?

Padahal yang namanya PASANGAN harus SESUAI satu dengan lainnya.

”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” ( QS Adz Dzariyaat : 49)

Masalah jodoh sudah ditentukan oleh Allah.

Bila kita baik, maka pasangan kitapun akan baik.

Bila kita tidak baik, maka pasangan kitapun akan tidak baik pula.

Laki-laki yang sholeh menjadi pasangan wanita yang sholehah.

Wanita yang sholehah menjadi pasangan laki-laki yang sholeh.

Tidak mungkin laki-laki sholeh memilih isteri yang masih mengumbar aurat.

Dan tidak mungkin wanita sholehah akan memilih suami yang tidak sholat.

LEBAH yang baik akan mendatangi BUNGA yang banyak madunya.

LALAT yang paling menjijikkan akan mendatangi BANGKAI yang sudah busuk baunya.

Jadi marilah perBAIKi diri, niscaya pasangan kitapun akan BAIK.

Jadilah wanita sholehah dan laki-laki sholeh,

niscaya pasangan kita pun akan sama.

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS An Nur:26)

Aduhai jiwa..

Aduhai jiwa yang bersalut dosa

Betapa kesementaraan ini mengugah rasa

Betapa kekerdilan diri ini

Menumbuhkan harap dan asa

Untuk sekelumit rahmat dan pengampunanNya

Aduhai jiwa yang sering terleka

Betapa sering diri ini ketinggalan masa

Untuk belajar menghargai

Atau bersedia menanti hari

Agar terwarna makna hakiki

Aduhai Pemilik jiwa yang kerdil ini

Betapa kami mengharapkan taufiq dan hidayah Mu

Betapa ingin kami menjadi hamba Mu

Hidup dalam ketaatan

dan dijemput pulang dalam kerahmatan

Aduhai Pemilik jiwa yang alpa ini

Terimalah keuzuran kami

Agar redhaMu sentiasa menyinari hati dan hidup kami