wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Wednesday, December 5, 2012

to : facebooker wanita

Para facebooker wanita...nampak solehah tapi
gedik..

1) Bila update status tulis ayat "ala manja" dan
ejaan yang "comel or brutal tapi ala solehah"
walaupun hakikatnya mahu menyampaikan sesuatu
mesej yang baik.

2) Bila bermuamalah di fb sekalipun sesama
sejantina, tulis "ala2 mesra alam" sampai melampau
seperti "cium pipi kunk, wink2", "rasa nak peluk
akak/adik je" and baanyak lagi...sedangkan jika diluar fb bicara tidak seindah dan semesra alam
di fb pun.

Semua ahli fb tak kira lelaki atau perempuan akan
membaca status dan komen anda/kita sekalipun dia
tidak meng "like" or "komen". Namun jauh di sudut
hati si pembaca merasa " alaaahai manjenye die dgn
kawan2 die"..biasanya lelaki akan rasa syok dan
boleh mengundang syahwah dengan tulisan2
seperti itu, tak percaya sila tanya mereka ya...

3) Animasi senyuman, gelak or kenyit mata
melampau sana sini untuk lelaki seperti : " Syukran
akhi ;-)", " Sama-sama :p Ustaz", " ^___^, " Mohon
kopi pes akhi yunk ;;)))"...( Apa perasaan lelaki bila
mendapet komen dan terima animasi seperti ini? )

4) Tulis dan ajak manusia berdakwah dalam masa
yang sama menggoda orang. Seperti : " Pesanan
ustaz dan ustazah saya, sabar lah dalam ujian ya
khas buat semua sahabat2 saya yang disayangi lagi
dirindui...lalu tag orang2 muslimin disamping
muslimat.

Bagi saya, semua nampak simple dan biasa, tapi
ianya mengundang penyakit hati bagi mereka yang
sudah sakit. Jagalah akhlak dan adab sebagai
muslimah, dalam fb kita sudah hilang malu, jika
diluar fb adakah sesuka hati kita melayan mana2
lelaki or bicara.Kalau sekalipun nak cari jodoh dan
tackle lelaki takkan FB medannya.

Jadilah muslimah
yang benar2 solehah yang tidak menjadi punca
kepada membuka selera lelaki untuk melakukan
maksiat hati.

Mohon maaf jika terkasar bahasa, saya juga
kadang-kadang terlepas pandang bila belek2 balik
memang menjengkelkan diri sendiri
sebenarnya...."Nasihat utk diri saya terlebih
utamanya"

p/s : Bak kata Status dari Ibnu Batoota yg
dipersetujui : "Kami benci dedah kecomelan di fb".
Jangan terlalu bermanja sangat dalam bermesej
takut ada yg nanti ada yg terluka..

senyum.. XD *chill ^_^

【ツ】 Senyum ringan tak bersuara tapi penuh makna. 【ツ】 Senyum murah tapi tak ternilai dengan harga. 【ツ】 Senyum tak perlu tenaga tapi besar motivasinya. 【ツ】 Senyum hal yang mudah tapi selalu nampak indah. 【ツ】 Senyum satu hal yang biasa tapi boleh jadi istimewa. 【ツ】Senyum ibadah yang paling mudah tapi berpahala setara dengan sedekah. 【ツ】 Penuhilah hari-hari kita dengan senyuman manis agar semua orang ikut tersenyum bersama kita... 【ツ】 {:-)≈ ﷲ INSYA ALLAH 5)-:<( ﷲ

Lelaki impian

Lelaki impian 

Bukan lelaki kaya , tapi Lelaki yang paham Agama
Bukan Lelaki tampan, tapi Lelaki yang beriman
Bukan Lelaki Gagah , tapi Lelaki yang pantang menyerah tak Kenal lelah dalam berdakwah Lelaki soleh
Bukan rumah mewah ,tapi rumah sederhana dengan As-sunnah yang tak Henti menyala , alunan Al-quran sbgai peramainya , 
langkah kaki nya dalam dakwah dengan kekuatan Ilahi .

Lebih atau kuran
g dalam kehidupan tetaplh Nikmat yang harus disyukuri

Dari ALLAH kembali ke ALLAH

Lelaki menguatkan langkah ini menuju jalanNya
Dalam dakwah menuju RidhoNya .

Kunci Zuhud :

Kunci Zuhud :

1. Aku tahu rezekiku tak mungkin diambil orang, karenanya hatiku tenang..
2. Aku tahu amal2ku tak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka aku sibukkan diriku untuk beramal..
3. Aku tahu ALLAH selalu melihatku, karenanya aku malu bila ALLAH mendapatiku melakukan maksiat..
4. Aku tahu kematian menantiku, maka aku siapkan bekal untuk berjumpa dengan Rabbku..

(Hasan Al-Basri)

jika dikau berani

♥JIKA BERANI PINANGLAH AKU♥ 

Jika benar engkau suka kepadaku..
Jika benar engkau cinta kepadaku..
Jika benar engkau sayang kepadaku..
Maka datanglah ke rumahku,
Temuilah kedua orang tuaku.
Katakan semua itu kepada Ayah dan Ibuku..
Dan pinanglah aku kepada mereka..
Jika engkau telah yakin
Dan jika engkau telah siap membangun bahtera rumah tangga nanti..
Maka ikatlah aku dalam sebuah ikatan pernikahan yang suci..
Engkau berani bukan??
Jika engkau beralasan masih belum berani..
Jika engkau beralasan masih belum siap..
Maka kuanggap engkau hanya mau main-main saja dengan diriku..
Kuanggap engkau hanya ingin menjadikan aku sebagai pacarmu saja..
Tak lebih dari itu..
Maka kukatakan kepadamu..
Jangan engkau terlalu berharap aku akan menerima cintamu.
Biar sajalah aku merasa lebih nyaman dengan kesendirianku..
Aku hanya akan mempersembahkandiriku seutuhnya kepada pasangan halalku nanti..
Bukan untuk yang hanya mahu main-main dengan hatiku. Terlalu berharga hatiku untuk dipermainkan..
Begitulah caraku melindungi diriku..
Kefitrahan dan kehormatanku akan selalu tetap ku jaga sampai tiba masanya nanti..
Aku tak mahu menjerumuskan diri pada apa yang telah dilarang Agama..
Aku tak mahu menjadikan kebebasanku akan menghancurkan masa depanku.
Yang hujung-hujungnya menjadikan diriku bersedih dan meratap dalam penyesalan yang berkepanjangan..
Sungguh aku tak mahu hal itu terjadi pada jalan hidupku..

dalaman or luaran?

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)