wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Friday, October 15, 2010

SeoraNg WaNiTa

Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN Dialah puteri indah RUPAWAN Tika gadis lain sibuk menghiasi diri dia hias NUR ILAHI di wajahnya tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA Dia selesa bersama CINTANYA Tika gaids lain sibuk bermadah pujangga Dia tekun dgn baik KATA TUHANNYA Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA Gadis itu seperti MAWAR BERDURI... Indah DIPANDANGAN namun sukar DIPEGANGAN.. mulianya kerana KETAQWAAN... cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA... kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN..

Thursday, October 14, 2010

ketakutan dia seorang lelaki

Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu saya menulis ini saya baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana sesi lab dan kuliah kedua-duanya dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini.

Pagi ini saya mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, sekali lagi Allah benarkan saya untuk mengerjakan solat Dhuha terlebih dahulu. Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak saya. Pantas saya cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ saya pada Allah.
Selesai segalanya, lantas saya menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang di hantar oleh ibu dari Malaysia saya capai, isinya saya keluarkan. Sebuah buku physiology kehijauan saya selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun saya tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran saya. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?
`Ketakutan seorang lelaki!’Mungkin agak janggal bagi anda dan saya meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran saya ketika itu. Saya pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang saya tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku physilogy saya, ada perkara yang perlu diselesaikan.. Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.


Saya teringat diwaktu dulu, ketika itu saya masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan saya belajar banyak perkara dari semua itu.
Saya insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.
Mari bermula! Dulu saya pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.
‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’ ‘usaha’? ‘aah, usaha..’ ‘oo00oo, usaha..
Maka merentasi masa, saya melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.
‘Usahalah kenal dia, SMS laa’ ‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’ ‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’

Saya pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.

 ‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘. ‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’ ‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'
Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....
 Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin saya sampaikan? Ruang ini saya ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, saya pun lelaki juga).
TEKNIK & TAKTIK: Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’
<span><span>



2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc) Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ … Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.

Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.
Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda.. 'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'
Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.
Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.
Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.


Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT. Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)
Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai saya juga terleka, ingatkanlah saya..saya juga seorang lelaki..:)..
Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..
salam ukhuwah..

KAHWIN!

UntuK mu AdaM dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Jadilah seorang lelaki yang beriman

Jadilah seorang lelaki yang beriman, Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah, Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu, Yang sentiasa dahaga akan pahala, Yang solatnya adalah maruah dirinya, Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki, Yang menjaga tutur katanya, Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,  Yang menghormati ibu bapanya, Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga, Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki, Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam, Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah, Yang boleh diajak berbincang dan berbicara, Yang menjaga matanya dari berbelanja, Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki, Yang tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran, Suaranya lesu kerana penat berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya Subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki, Yang sentiasa mengingati mati, Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki, Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Wanita idaman lelaki...

Wanita idaman lelaki ialah,yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,yang sentiasa dahaga dengan ilmu,yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,yang tidak pernah takut untuk berkata benar,yang tidak pernah gentar melawan nafsu,


Wanita idaman lelaki ialah,yang menjaga tutur katanya,yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,yang mempunyai ramai teman,dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Wanita idaman lelaki ialah,wanita yang menghormati ibunya,yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,yang mengamalkan hidup penuh sederhana,kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idaman lelaki ialah,yang tidak pernah membazirkan waktu,matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,tidurnya lena dengan cahaya keimanan,bangunnya Subuh penuh penghayatan,kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

Wanita idaman lelaki ialah,yang sentiasa mengingati mati,yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Wanita idaman lelaki ialah,yang tidak terpesona dengan buaian dunia,kerana dia mengimpikan syurga,di situlah mahligai impiannya,dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya.

Kelebihan waniTa

Semoga bermanfaat, betapa Allah meletakkan 'nilai' yang terlalu MAHAL terhadap penciptaan seorang wanita 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana- mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Kami TIDAK GENTAR!!!

YahUdi!!...
Kau sgguH kEji..!!
Kau sggUh LaknaT..!!
kaU sggUh dUrjanA...!!
Kau IbaraT BintaNg LiaR!!
Kau SEKSA,kau RAGUT,kau BUNUH,kau TindaS sauDaraKu!...

Jgn kau SangKa..
Kami GEnTar..Kmi TkuT..kmi GeRuN..
KamI aKn tErus BerDepAn DnGn mu!..
WaLau Hya DgN sEkEtuL baTu..

KAMI TIDAK GENTAR!!...
bommu..pelurumu..pesawatmu..
boleh menembusI jasaD kami..
Namun!..tak Upaya..
mErobeKkan Iman n Taqwa Kmi..

kami yaKin!..
Kemenangan MiLik kami!..
kamu akn DIKALAHKAN!..
kamu akn DIHALAU!!..
Rasul TeLah berI jaMinan..
Pkok DaN baTu aKn TuRuT BrLawaN...

NanTikan Kehancuranmu!..
PeRang yanG kaU mUlakan xKan UsaI di sIni!!..
Tentera Muhammad akn KEMBALI!!..
Tentera Umar AL-Khattab Akn MngepUng!!..
Tentera SALAHUDIN AL-AYUBI akn MemBeLa!!..
satU y kaU bUnuh!..10 GeNerasi Akn BangiT!!..
MenjadI InsaN Pejuang..
Tentera ALLAh pstI brsma kami..

oLeh itu....UnduRlaH wahai yaHudi...
PergI jaUhlaH kamU dri BUmI PalesTiN InI!!..
PergI Jauhlah kamU drI nGerI GAZA!!..
Nyahlah engkaU dri NgerI aL-QUDS!!...
sebelum kau d hncur kn......