wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Thursday, February 17, 2011

http://k-pmmm.blogspot.com/2011/02/mereka-yang-gagal-memahami-erti-zina.html

bukak la blog ni..ada manfaat nya....apa yang kita semua rasa benda ni salah...padahal x pon...
islam itu mudah tetapi kita yang bagi tanggapan bahawa islam itu susah sehinggakan kaum lain pon anggap agama islam adalah susah...

cinta ke syurga...=.=

Cinta Ke Syurga
Renunglah ke mata ku
Selami ke dasarnya
Pasti kan kau temui sorotan kebenaran
Setiap baris kata kutuju kepada mu
Adalah lafaz setulusnya lahir dari jiwa
Dengarkanlah hatimu apa yang digetarkan
Bisakah aku kau terima?

Sedarilah sesungguh-sungguhnya
fahamilah sedalam-dalamnya
Ada cinta yang di dunia
membawa ke syurga

Maka aku setulus-tulusnya
meminta mu seikhlas-ikhlasnya
Terima lah ku seadanya
Ke dalam hidupmu

Renunglah ke mata ku
Selami ke dasarnya
Pasti kan kau temui sorotan kebenaran

Renunglah ke mata ku
Pasti niat terlihat
Hasrat ku membina cinta denganmu

Benarkan lah aku temani mu
Mengharungi hidup bersama
Dan padaNya yang teresah
Kita berserah

Sedarilah sesungguh-sungguhnya
fahamilah sedalam-dalamnya
Ada cinta yang di dunia
membawa ke syurga

Maka aku setulus-tulusnya
meminta mu seikhlas-ikhlasnya
Terima lah ku seadanya
Ke dalam hidupmu

Renunglah ke mata ku
Selami ke dasarnya
Pasti kan kau temui sorotan kebenaran

Renunglah ke mata ku
Pasti niat terlihat
Hasrat ku membina cinta denganmu

Renunglah ke mata ku
Selami ke dasarnya
Pasti kan kau temui sorotan kebenaran

Renunglah ke mata ku
Pasti niat terlihat
Hasrat ku membina cinta denganmu

Dengarlah Luahan Ku Sayang

Dengarlah Luahan Ku Sayang

Album : Konsolidasi
Munsyid : Baitulitmain



Seperti hadir hidup baru
Bila ku melihat dirimu
Manis wajahmu bak madu
Buat hatiku tersentuh

Dengarlah luahan ku sayang
Kan ku mahkotakan dirimu
Jika kau menerimaku
Sebagai teman hidupmu

Ku tahu kau mencintaiku
Namun engkau berasa malu
Untuk mengatakan cinta padaku
Dengan sejujur hatimu

Tidakkah kau kasihaniku
Cintaku membara untukmu
Walau apapun yang berlaku
Ku kan tetap mencintaimu

Apakah cinta datang dengan sendirinya
Batas percintaan perlu dijaga
Untuk mendapat keberkatan
Di dunia dan akhirat

Akan ada kekecewaan
Dalam satu percintaan
Akan ku rasa kebahagiaan
Jika cinta berkekalan

uwais AL-qarni

ENGKAU HANYA SEORANG INSAN BIASA
DARI KALANGAN BANI YAMAN
DISISIMU TIADA PUNYAI NAMA
PANGKAT DARJAT MAHUPUN KEDUDUKAN

SETIANYA UMAR ALI MENANTI SATU HARAPAN
KERNA MENGHARAP PENGAMPUNAN
SEPERTI MANA YANG TELAH DIKHABARKAN
OLEH UTUSAN RASUL JUNJUNGAN

KEADAANMU DIPANDANG HINA
KERNA BERPAKAIAN SERBA KEDHAIFAN
NAMUN BEGITU KAU SENTIASA MELEMPARKAN
PANDANGANMU KETEMPAT SUJUDMU

WAHAI UWAIS.. KEKASIH ALLAH
SUNYINYA NAMAMU DI DUNIA
TETAPI TERKENAL NAMAMU DISANA
SEHINGGA RASUL MENYINTAIMU

BERUZLAH DIRIMU DARI MANUSIA
KERNA INGIN MENGABDIKAN PADANYA
BAGIMU MERASA AMAN BERSAMANYA
BAGAIKAN ALAM ADALAH DIRINYA…

bayi ketika di bacakan al quran.mp4



masyaallah....^_^....amal lah wahai para2 ibu...=)...n xsemestinya ibu....suami un kena la baca jugak alunan suci ini kan?...ada 1 kisah...wanita mengandung...(orang mengandung of course la cepat penat n mengidam).boleh di katakan ni wanita muslimah la...bila dia nak tidor or penat ...mesti dia akan suroh suami dia alunkan ayat suci al-quran ni until dia tidor....kekadang suami dia kena baca until pkul 2 pagi....best kan dapat suami yang penyanyang..ambil berat dan sebagai nya..even suami tu penat bekerja...tapi dia still lakukan permintaan isteri dia...kekadang suami tu ngantuk sangat...tapi dia masih bertahan demi isteri yang tercinta!~...wa...romantik sangat2... <3 ...hope saya dapat suami yang begitu....^_^

Friday, February 11, 2011

renungan..=.=

(Sebuah Renungan buat HAWA)

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Tidak pula setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh..
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penonton kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami sinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukan pula Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah … Amiiin


(Sebuah Renungan buat ADAM)

Pernikahan atau perkahwinan, Menyingkap tabir rahsia..
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Dan tidak pula setabah Fatimah …
Justeru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah…
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya …
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
bukanlah pula Sayyidina Ali Ra,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh … Amiiin

Thursday, February 10, 2011

kek batik..^_^

ni cara2 saya wat kek batik..(..xikot resepi...koz nak cepat)..

telur 2 biji
milo 1 cawan
serbuk koko 1 sudu besar
susu pekat 1 cawan
biskut merry...(saya guna munchys 1 paket)-patah biskut ke 4 bahagian-(ikot kreativiti sendri k)
butter 150 je..

cara-cara:...

- untuk jimat masa..korang cairkan dulu marjerin tu...then ltak tepi...
-korang gaul kan bahan 'telur,milo,serbuk koko,susu pekat'.....
-pastu bahan yang telah digaulkan,korang campur sekli ngan marjerin...
-pastu korang bukak api..letak bahan2 tadi termasuk biskut merry y telah korang patahkan tu..
-gaul hingga adunan tu lekat kat biskut merry...(jgan bagi hangit!)
-pastu masukkan ke dalam loyang ke..atau pinggan seumpama loyang ke..(ikot kreativiti)....
-pastu korang ratakan adunan tu kat dalam bekas yang korang letak tu..then korang tekan bagi ramuan tu betul2 padat..
-kemudian letak dalam peti ais selama 1 jam lebih....
-then siap..^_^..boleh potong n makan..=)
-if anda kreatif...blh la buat topeng kek tu...sama seperti korang wat topeng kek lain..=)