wanita
   
Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim) 
 
  
 
 
 
          
        
          
        
warkah buat hawa...

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah  anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami  jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu,  didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai  engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji  Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan  dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku  khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya  salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu  kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak  melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui  keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui  keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.  Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,  peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik  juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya  kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.  Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa  matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah  perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah  auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan  tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi  dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu  bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar  cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah  Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta  daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu  kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana  kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah  sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment