"Ya Allah, andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam, biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat, yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu, yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia, yang hatinya tertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa, yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu, yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu, dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr, yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati, yang apabila katan...ya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput."Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang BerimanYang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWTYang Sentiasa Haus Dengan IlmuYang Sentiasa Dahaga Dengan PahalaYang Solatnya Adalah Maruah DirinyaYang Tidak Pernah Takut Berkata BenarYang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan NafsuLelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang MempunyaiRamai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang SentiasaBerbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicaraYang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat MembacaYang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan BerzikirYang Tidurnya Lena Dengan Cahaya KeimananYang Bangun Subuhnya Penuh Dengan KecerdasanKerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang AkhiratYang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak
Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan SyurgaDi Situlah Rumah ImpiannyaBersama Wanita Acuan Al-Quran.
No comments:
Post a Comment