wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Monday, November 1, 2010

insan bernama wanita solehah

Dirimu bak kasturi yang mewangi harumannya bergentayangan di persada bakti menjadi kebanggaan para suami yang sanggup membela pengorbanan isteri.

Dalam erat ketaatanmu kepada Ilahi dalam rapat ikutanmu kepada Nabi kau sentiasa memakai jilbab menutupi diri supaya menjadi muslimah yang sejati.

Teladanilah peribadi Ummul Mukminin mereka memiliki khazanah watak menakjubkan pakailah mereka sebagai tudung ikutan yang menutupi aurat keluhuran.

Sedarilah wahai para srikandi dirimu telah dibela Nabi indahkanlah dirimu dengan iman di hati pesonakanlah dirimu dengan taqwa di sanubari.

Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah kaulah sesungguhnya insan bernama wanita solehah.

No comments:

Post a Comment