wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Tuesday, December 11, 2012

selamat hari lahir - 19

selamat hari lahir yang ke - 19 buat awk..pada 12.12.2012 ^_^
sorry sebb hodoh je ~ nisa x pandai buat.. :( 
tapi harap suka lah yea?.. :D
sekian jauh perjalanan hidup ini
ada duka, ada sengketa
ada gembira, ada ceria
yang selalu menemani
setiap inci langkah perjalanan hidup insani
tanpa adanya terbit rintihan kekeluhan

langkah demi langkah disusuri
mencari janji yang terlepas
dalam genggaman sewaktu dilahirkan
saat demi saat berdetik menjangkau kedewasaan
mematangkan pemikiran
mendewasakan pandangan
hari demi hari dilalui
bersama ribuan ragam
celikan mata para dikma
sehingga menemukan hari yang dinanti
hari ulang tahun kelahiran insani

berdoalah didalam hati
sertakan dengan niat yang suci
iringkanlah dengan kalimah yang suci
agar hidup sentiasa diredhai ilahi

padamkan segala kedukaan
sirnakan segala kepiluan
kuburkan segala kesedihan
malapkan segala kebingungan
dan gantikanlah semua itu dengan
sebuah kebahagiaan
kebahagiaan yang mendatangkan keceriaan

semoga dihari mendatang, kebahagiaan menemani mu
SELAMAT HARI LAHIR

Wednesday, December 5, 2012

yang saya minta..

♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...

♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada..

♥ Nak minta ygHENSEM , saya tak la CANTIK, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...

♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya ...

♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina..

♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia... ♥ ;)

speechless~

~✿..Bertudung labuh atau tidak, berkopiah atau tidak, bersongkok atau tidak, berjanggut atau tidak, berserban atau tidak..BUKAN maknanya NILAI ISLAMI itu maju menggunung..berjeans, bertali leher juga bukan ukuran IMAN..Islam TIDAK SEMUDAH itu yang MENILAI pada baju, tetapi dinilai jauh ke satu keping daging yang berada jauh di dalam badan insan, iaitu HATI..tempat yang TIDAK akan pernah MENIPU, walau sekali..✿~

>>> Tiap satu MUSLIHAT, buruk atau baik..pasti akan TERUNGKAI bila tiba masanya..apa yang penting, PINTALAH Pada Yang Maha Tahu agar dirimu tidak menyalurkan tenaga, harta, masa dan nyawa pada yang SALAH sekaligus MEMBUNUH pada yang LAYAK..(✿◠‿◠)
 

aku..

✿~ Mereka kata aku USTAZ/USTAZAH kerana aku sentiasa berkopiah/ bertudung labuh..
✿~ Mereka kata aku SOLEH / SOLEHAH kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...

TAPI..
Jauh di sudut hatiku,
Mahu saja aku MENANGIS SEKUAT HATI..
Aku SEDANG BERTARUNG dengan diriku sendiri,
TAK MUDAH..
Allah sahaja TAHU apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam LAUTA
N KEKURANGAN..
Kadangkala aku TERGELINCIR kerana,
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
MAAFKAN aku kerana kadangkalanya AKU KHILAF..
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
SEBAK HATI tatkala aku terbayang,
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku?♥♥

Allah, Allah, Allah, Allah

sama2 tabah ye!

☻♥☻
/█\ /█\
.||.. ||. ♥
Semoga Aku......
"Aku tetap 'Tertawa' walau aku
di 'Hina'..
"Aku tetap 'Tersenyum' walau
hatiku 'Terguris'..
"Aku tetap 'Kuat' walau aku
dalam 'Ujian dan 'Dugaan'..

"Aku tetap 'Semangat' walau aku
'Tertekan' oleh 'Kesakitan' yang
'Ku Alami'..
"Namun yang 'Terpenting' aku
tetap 'Sabar'..
"Dan 'Memandang' semua ini
adalah 'Ujian' dan akan
mendatangkan 'Kebaikan' saja..
♥ IÑSYÄÄLLÅH ♥
 

awak asing?saya asing ~ but bukan mahkluk asing.. :P

Kita menjadi ASING kerana kita berubah ke arah kebaikan.
Jujur itu ASING kerana banyak orang berdusta.
Sedekah itu ASING kerana banyak orang kedekut.
Berjilbab itu ASING Kerana banyak orang yang memakai pakaian tapi telanjang.
Yakin pada Allah itu ASING Kerana banyak orang yang tidak percaya lagi pada-Nya.
Mewujudkan SYARI’AH Islam itu ASING karena banyak orang yang lebih percaya pada hukum buatan

manusia.

==============================­============

“Islam mulai muncul dalam keadaan ASING dan akan kembali ASING sebagaimana awal munculnya maka beruntunglah orang-orang ASING itu”. (HR. Muslim)

“Berbahagialah orang-orang yang ASING.” Siapakah orang-orang ASING itu wahai Rasulullah? “Iaitu orang-orang yang senantiasa melakukan kebaikan disaat kebanyakan orang berbuat kejahatan” (HR. Muslim)

Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang diredhai Mu Ya Allah..Amin

ini lah diriku

AKU hanya seorang wanita biasa yang mencari kekuatan merentasi pentas dunia...
yang mencari keredhaan ilahi melitupi sebutir hati...
yang mencari kebahagiaan di anjung perjalanan duka tawa...
yang mencari senyuman tuk mewarnai hidup yang penuh titis2 lara yang mencari tangisan tuk menghilangkan racun yang bernanah di hati...
yang mencari kejayaan tatkala suara hati ditelan
kegagalan...
yang mencari ketenangan tuk memadam noda keresahan lara...
yang mencari dia tuk membimbing peribadi lantas menyelam ke dasar hati tuk memahami jiwa seorang wanita...
wanita biasa ini...
yang bernama AKU..♥ :')