wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Tuesday, November 29, 2011

aku ingin kan si dia!

"Ya Allah, andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam, biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat, yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu, yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia, yang hatinya tertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa, yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu, yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu, dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr, yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati, yang apabila katan...ya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput."


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah 
Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah 
Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya 
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya 
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya 
Yang Pelindung Yang Mempunyai
Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang 
Bersifat Jembalang
 

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang SentiasaBerbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga 
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam 
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana
Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
 

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan 
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW 
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat 
Allah Ke Atasnya
 

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
 

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga 
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
 

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak
Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia 
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.



usah dikau tersalah pilih duhai adam

Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi kita akan ada terma merisik? Salah ke merisik? Tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih. Untuk Adam, andai mahu mencari Hawa..

(1) Jangan dilihat ...pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti ...dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada sebujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.
(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa, andai mahu menerima cinta Adam..
(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.
(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.
(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan. Sekadar renungan bersama, wallahu a'lam

Saturday, November 26, 2011

bunga bukan sekuntum! kumbang bukan seekor :)

Sahabat A: Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta kau.
Sahabat B: Ya.
Sahabat A: Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?
Sahabat B: Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya. Mungkin dia tak ditakdirkan untuk aku. Mungkin ada jodoh yang lebih baik dari aku untuknya.
Sahabat A: Ya betul tu. Dan Allah SWT sudah sediakan jodoh yang terbaik buat kau. Bersabarlah sahabatku.

Jangan bersedih andai cinta ditolak. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Allah SWT sudah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Bersabarlah. Tulang rusuk takkan tertukar. =)

manisnya kejayaan pahitnya pengorbanan

: Inginkan MUTIARA selamilah LAUTAN
:: Inginkan BAHAGIA tempuhilah PENDERITAAN
:: Inginkan KEJAYAAN relailah PENGORBANAN

❖Ketahuilah bahawa sebenarnya setiap KEPAHITAN itu terkandung 1000 KEMANISAN (❤◕‿◕❤)

ingin merasai kejayaan semanis madu memerlukan
pengorbanan sepahit hempedu ^_^

ayuh!bangkitkan syiar islam!

* Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
...
* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...

AKHLAK CANTEKKAH?

✿♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥✿♥♥♫•.¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥✿
✿Jika akhlaqnya cantik, maka cantiklah juga tutur katanya..✿
✿Jika akhlaqnya cantik, maka cantiklah juga pergaulannya..✿
✿Jika akhlaqnya cantik, maka cantiklah juga ilmu miliknya...✿
✿Jika akhlaqnya cantik, maka cantiklah akan cantik Hatinya.✿
... ✿Jika akhlaqnya cantik, maka di sisi Allah tinggi derajatnya.✿
✿Jika akhlaqnya cantik, maka akan disukai oleh sahabatnya✿
✿♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥✿♥♥♫.*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥✿

RENUNGAN BERSAMA :)

♥✿.¸.•✿◕ RENUNGAN HATI ♥✿.¸.•✿◕

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫
Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.

Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

bungkusan dan isinya -

(¯`v´¯) Bezakan apa itu Bungkusan & apa itu Isinya,
`·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸♥`·.¸.¸¸.•*♥
✿ Rumah yg indah hanya bungkusan.
Keluarga Bahagia itu isinya......

... ✿ Pesta nikah hanya bungkusan.
Cinta kasih, pengertian dan Kesetiaan itu isinya. ...

✿ Kecantikan hanya bungkusan.
akhlak itu isinya....

✿ Bicara itu hanya bungkusan.
Perbuatan nyata itu isinya....

✿ Buku hanya bungkusan.
Pengetahuan itu isinya....

~ Utamakanlah isi,
namun rawatlah bungkusnya....(^_^)

bersabar duhai hati yang tengah bersedih...♥

MULUT TerSENYUM namun MATA berair bagaikan menahan AIR MATA, MATA TAK BOLEH TIPU !!! MATA mula menitiskan AIR MATA...(T_T)...
MULUT Terus SENYUM unTuk menutupi keSEDIHan MATA... HATI mula TerLUKA..
AKAL berfikir, kenapa MULUT Tidak mahu bersuara apa yang dirasai HATI?...♥
Lantas MULUT pun menjawab" Aku malu,sedih,kecewa & marah disebabkan iTu aku merahsia keSEDIhan ini Dan aku juga tidak mahu mere...ka disekeliling bersedih disebabkan mendengar kata-kataku ini dan aku hanya mahu senyum."
Akhirnya AKAL pun Tahu jawapan kenapa MULUT xnak mereka Tahu keSEDIHannya...lalu HATI Terkejut apabila mendpt tahu kenapa mulut senyum...
MATA pula, Terus menangis x berhenti-henti kerana Tak dapat menahan keSEDIHan yang ditanggung selama ini...(T_T)...

muhasabah bersama

♫♥ 5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI ♫♥

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
... 4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk kau ingat dia tentang ukhrawi,.

~Muhasabah Diriku~

duhai sahabatku

•·˙·:DUHAI SAHABAT..·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙*
❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,
Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,
Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN..❞

semua nya di tangan anda :)

Ada yang lahirnya beriman, hidupnya beriman, mati pun beriman
Ada yang lahirnya beriman, hidupnya beriman, tapi matinya kufur
Ada yang lahirnya beriman, hidupnya kufur, tapi matinya beriman
Ada yang lahirnya beriman, hidupnya kufur, mati pun kufur
Ada yang lahirnya kufur, hidupnya kufur, mati pun kufur
... Ada yang lahirnya kufur, hidupnya kufur, tapi matinya beriman
Ada yang lahirnya kufur, hidupnya beriman, tapi matinya kufur
Ada yang lahirnya kufur, hidupnya beriman, matinya beriman

Pilihan di tangan anda.. :) Syurga itu luas, dan neraka itu luas..

Jika ia sebuah cinta

Jika ia sebuah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati..
Jika ia sebuah cinta, ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sebuah doa..
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan..
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..

Hati

✿~ Dari TELINGA jatuh ke HATI, itulah WANITA..mudah terpesona dengan apa yang didengarinya..akibatnya, sering TERTIPU antara pujian hakiki dan TIPU HELAH perangkap..

✿~ Dari MATA jatuh ke hati, itulah LELAKI..mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap TERKELIRU antara indah hakiki & palsu..

>>> Oleh sebab itu, wanita perlu BERHATI-HATI dengan UCAPAN LIDAH yang didengarnya & lelaki perlu MENJAGA PANDANGANNYA

cinta halal bersama dia

ღ¸.•´¯)¸.•✿ CHENTA HALAL ღ¸.•´¯)¸.•✿

♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥♥::♥::♥::♥
Kekasih halalku masih dalam rahsia Kitab Ilahi... Aku menantinya untuk ku berikan hati ini kerana di dalam jasadku bersemadi tulang rusuknya... Dialah sebenar-benar pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah... Dan aku hanya ingin meirindui dan mengasihi dalam redha dengan lafaz "Aku Terima Nikahnya"...InsyaAllah.
♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥♥::♥::♥::♥

kehidupanmu

Saat hidupmu di kedudukan teratas..kau dipuja-puji dek manusia..
.semua yg memandangmucemburu dgn kejayaanmu..b'jalan bagai x jejak bumi..
berdiri bagai di awang-awangan..

Ucapan tahniah disana sini.dengupan jantungmu bagai x henti
... berdebar-debar tatkala dipuji.terasa dunia milikmu..
semua yg kau kecapi bagai mutlak rasa dihati

namun jgn kau lupa..dari mana datangnya semua itu..
kejayaanmu..kebanggaanmu..kenikmatan yg kau kecapi
yg menjadikan kau dipuja dan terus di puji

kembalilah kepada PengAnugerah..kerana ia bukan milik mutlakmu..
kembalilah kepada Sang Pencipta,kerana Dialah yg menganugerahkan
semuaNya kepadamu..kembalilah kepadaNya dengan Istighfar..dengan bertasbih..bertahmid memujiNya..memujaNya..

kau..x layak dipuji sekiranya kau lupa utk memujiNya..kau x harus dianugerahi
sekiranya kau lupa utk mensyukuri ..kau x perlu di puja..
kerana Allah saja yg berhak di Puja...kerana segala Puji-Pujian adalah milikNya..~♥

wanita solehah tidax memandang dan dipandang~

✿ Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

✿ Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milik mu seorang.

✿ Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimili...ki sesuka hati.

✿ Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

✿ Siapalah aku ingin mencintaimu andai cinta pd Khaliq ku masih belum tercapai. ikatlah daku dalam rangkaian khitbah dan akad yg indah. akan ku jadikan agama sebagai sandaran.

jangan marah ya!

(¯`♥´¯) .♥Q✿R♫M¤.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`POSITIF IMAN
●/
/▌❤ Jangan marah saat ada yang MENGHINA, doakan hinaan berbalik mnjd KEMULIAAN.
❤ Jangan marah saat ada yang MEMBENCI, doakan kebencian mnjd KASIH SAYANG.
❤ Jangan marah saat ada yang MENYAKITI, doakan sakit itu berubah mnjd KEBAHAGIAAN.
❤ Jangan marah saat ada MASALAH, doakan masalah kita mnjd ladang AMAL yang bermanfaat.

seloka aurat

(¯`v´¯) SELOKA AURAT
`•.•.¸.¸¸.•¨*`¸❤`•.¸¸.•*❤(。◕‿◕。)

baYangkaN biLa aUraT kiTa tErDedaH
.• °ღ • sEtiap saaT,waKtu, maSa dOsa tERcatAT
... .• °ღ • bEriBu maTa mELihAT
.• °ღ • saya bUkaN aLiM saNgAT
.• °ღ • taPi sEkadaR naK mEngingAT
.• °ღ • banYaK dosa kiTa dapAT
.• °ღ • janganLaH jaDi jahAT
.• °ღ • saya pON bUkaNnya baiK saNgAT
.• °ღ • saMa-saMaLaH kiTa iNgAT
.• °ღ • sO jaGaLaH aUrAT..
.• °ღ • kerana tErtUtup LebiH caNtiK diLihAT.....

Allah sentiasa disisimu :)

• Jika manusia mencewakanmu,Jangan berduka kerna Allah selalu menunaikan harapanmu . .

• Jika manusia menzalimimu,Jangan berduka kerna Allah selalu berlaku adil terhadapmu . .

• Jika manusia melukaimu,Jangan berduka kerna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .

• Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu

maafkan aku

✿~ Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahadahmu, maafkan aku..

... Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU..

>>> Ya Allah, ku akui KELEMAHAN dan KESILAPANKU..andai pernah diriku menjadi PUNCA jauhnya seseorang hamba daripadaMu, AMPUNIKU ya Allah..

Belum TENTU

♥ Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU tunang mu ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU lelaki kau puja ADALAH suami mu,
♥ Belum TENTU lelaki kau benci ADALAH suami mu,
♥ Belum Tentu lelaki yang kau cintai ADALAH suami mu,
...
♥ TIADA siapa KETAHUI siapa BAKAL suaminya kerana JODOH telah menjadi RAHSIA ALLAH swt
♥ Jadi manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Allah.

kerana aku seorang muslimah

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

★ღ★ Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana chentaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..
...
★ღ★ Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

★ღ★ Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

★ღ★ Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

★ღ★ Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

LA TAHZAN INAALLAH MA'ANA

♫•*¨*•.¸¸ﷲ.♥ﷲ¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸ﷲ .♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫
Tuliskan RANCANGANMU dengan PENSIL kemudian serahkan PEMADAMNYA kepada ALLAH.. Izinkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu dan MENGGANTIKANNYA dengan rancangan yang lebih BAIK.. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..InsyaAllah,amin ya Allah..
>kita merancang Allah juga merancang tetapi sebaik-baik perancangan Adalah perancangan Allah yg terbaik utkmu< oleh itu LA TAHZAN INAALLAH MA'ANA)
•*¨*•.¸¸ﷲ.♥ﷲ¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸ﷲ .♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

SOLAT

MENINGGALKN SOLAT SETIAP WAKTU :-
- SUBUH: Dia akan disiksa selama 60 tahun didalam neraka.
- ZUHUR: Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
- ASAR: Dosanya sprti mruntuhkn ka'bah.
- MAGHRIB: Dosanya seperti berzina dengan orang tua sendiri.
... - ISYA': Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah & di segerakan agar ia mencari tempat lain.

Barang siapa yang menyebarkan text ni ke umat Islam yang lain, percayalah anda akan memperoleh pahala kerana secara tidak langsung anda telah saling mengingatkan antara satu sama lain :) Insya ALLAh..:

Walau sesibuk mana sekalipun kita di dunia, janganlah lupa untuk turut menyibukkan diri untuk mencari bekalan di akhirat sana.!! islam itu mudah dan islam itu indah

wahai calon imamku


Wahai calon Imamku,
Kau sebenarnya Imam, aku makmummu,Kau mengimami solatku pada setiap waktu,Ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku dan syurgamu,

Kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu,Kenalkanlah aku kepada majlis-majlis agama,Ajarlah aku mengenal tuhan memahami Al-Quran,

Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah dimalam Jumaat Yang penuh barakah,
Kabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu,Bimbinglah aku menggapai Jannah-Nya (syurganya)