wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Saturday, November 26, 2011

wahai calon imamku


Wahai calon Imamku,
Kau sebenarnya Imam, aku makmummu,Kau mengimami solatku pada setiap waktu,Ku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku dan syurgamu,

Kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu,Kenalkanlah aku kepada majlis-majlis agama,Ajarlah aku mengenal tuhan memahami Al-Quran,

Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah dimalam Jumaat Yang penuh barakah,
Kabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu,Bimbinglah aku menggapai Jannah-Nya (syurganya)

No comments:

Post a Comment