wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Saturday, November 26, 2011

bunga bukan sekuntum! kumbang bukan seekor :)

Sahabat A: Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta kau.
Sahabat B: Ya.
Sahabat A: Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?
Sahabat B: Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya. Mungkin dia tak ditakdirkan untuk aku. Mungkin ada jodoh yang lebih baik dari aku untuknya.
Sahabat A: Ya betul tu. Dan Allah SWT sudah sediakan jodoh yang terbaik buat kau. Bersabarlah sahabatku.

Jangan bersedih andai cinta ditolak. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Allah SWT sudah tentukan jodoh yang terbaik untuk kita. Bersabarlah. Tulang rusuk takkan tertukar. =)

No comments:

Post a Comment