wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Wednesday, December 5, 2012

awak asing?saya asing ~ but bukan mahkluk asing.. :P

Kita menjadi ASING kerana kita berubah ke arah kebaikan.
Jujur itu ASING kerana banyak orang berdusta.
Sedekah itu ASING kerana banyak orang kedekut.
Berjilbab itu ASING Kerana banyak orang yang memakai pakaian tapi telanjang.
Yakin pada Allah itu ASING Kerana banyak orang yang tidak percaya lagi pada-Nya.
Mewujudkan SYARI’AH Islam itu ASING karena banyak orang yang lebih percaya pada hukum buatan

manusia.

==============================­============

“Islam mulai muncul dalam keadaan ASING dan akan kembali ASING sebagaimana awal munculnya maka beruntunglah orang-orang ASING itu”. (HR. Muslim)

“Berbahagialah orang-orang yang ASING.” Siapakah orang-orang ASING itu wahai Rasulullah? “Iaitu orang-orang yang senantiasa melakukan kebaikan disaat kebanyakan orang berbuat kejahatan” (HR. Muslim)

Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang diredhai Mu Ya Allah..Amin

No comments:

Post a Comment