wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Wednesday, December 5, 2012

to : facebooker wanita

Para facebooker wanita...nampak solehah tapi
gedik..

1) Bila update status tulis ayat "ala manja" dan
ejaan yang "comel or brutal tapi ala solehah"
walaupun hakikatnya mahu menyampaikan sesuatu
mesej yang baik.

2) Bila bermuamalah di fb sekalipun sesama
sejantina, tulis "ala2 mesra alam" sampai melampau
seperti "cium pipi kunk, wink2", "rasa nak peluk
akak/adik je" and baanyak lagi...sedangkan jika diluar fb bicara tidak seindah dan semesra alam
di fb pun.

Semua ahli fb tak kira lelaki atau perempuan akan
membaca status dan komen anda/kita sekalipun dia
tidak meng "like" or "komen". Namun jauh di sudut
hati si pembaca merasa " alaaahai manjenye die dgn
kawan2 die"..biasanya lelaki akan rasa syok dan
boleh mengundang syahwah dengan tulisan2
seperti itu, tak percaya sila tanya mereka ya...

3) Animasi senyuman, gelak or kenyit mata
melampau sana sini untuk lelaki seperti : " Syukran
akhi ;-)", " Sama-sama :p Ustaz", " ^___^, " Mohon
kopi pes akhi yunk ;;)))"...( Apa perasaan lelaki bila
mendapet komen dan terima animasi seperti ini? )

4) Tulis dan ajak manusia berdakwah dalam masa
yang sama menggoda orang. Seperti : " Pesanan
ustaz dan ustazah saya, sabar lah dalam ujian ya
khas buat semua sahabat2 saya yang disayangi lagi
dirindui...lalu tag orang2 muslimin disamping
muslimat.

Bagi saya, semua nampak simple dan biasa, tapi
ianya mengundang penyakit hati bagi mereka yang
sudah sakit. Jagalah akhlak dan adab sebagai
muslimah, dalam fb kita sudah hilang malu, jika
diluar fb adakah sesuka hati kita melayan mana2
lelaki or bicara.Kalau sekalipun nak cari jodoh dan
tackle lelaki takkan FB medannya.

Jadilah muslimah
yang benar2 solehah yang tidak menjadi punca
kepada membuka selera lelaki untuk melakukan
maksiat hati.

Mohon maaf jika terkasar bahasa, saya juga
kadang-kadang terlepas pandang bila belek2 balik
memang menjengkelkan diri sendiri
sebenarnya...."Nasihat utk diri saya terlebih
utamanya"

p/s : Bak kata Status dari Ibnu Batoota yg
dipersetujui : "Kami benci dedah kecomelan di fb".
Jangan terlalu bermanja sangat dalam bermesej
takut ada yg nanti ada yg terluka..

No comments:

Post a Comment