wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Thursday, June 23, 2011

tiupan sangkakala

seandainya kaum hawa itu pendorong kaum adam dikala susah dan senang kenapa ada sesetengah sanggup kaum hawa sanggup menyepak,terajang dan memperlakukan suaminya seperti hamba tawanan..tahukah anda kaum hawa yg sudah berkahwin itu syurganya sudah terletak dibawah telapak kaki seorang suami bukan lagi pada seoarng ibu..?

kenapa susahnya sesetengah kaum hawa sukar untuk menghormati suami bilamana apa yang dicari pada seorang suami tidak ada seperti yang diingnkan mengikut kehendak hati..dan bila mana dipaksa mengahwini seorang suami kerana mengikut kehendak keluarga..?bukankah apa yang terjadi adalah takdir yang tertulis untuk kita..takkan terjadi sesuatu perkara tanpa maksudnya..sesungguhnya Allah mengizinkan sesuatu itu terjadi melainkan mempunyai maksud yang cuba disampaikan olehNya......

Wahai sahabatku yang dihormati,

Hebatkah seorang isteri bila memiliki lulusan ilmu yg diiktiraf dari pihak profesioanl luar negara yang terkenal tetapi tidak pandai menghormati sang suami...?
hebatkah seorang isteri bila memiliki segunung harta yang tidak ada pada sang suami..?
hebatkah seorang isteri bila memiliki kepandaian duniawi melebihi kepandaian sang suami..?
hebatkah seorang isteri bila memiliki kecantikan yang sempurna yang mana merasakan kecantikan yang dimilikinya membuatkan sang suami harus patuh kepadanya..?
hebatkah seorang isteri bila mana mempunyai status keluarga yang disegani masyarakat sehinggakan merasakan suaminya harus menghormatinya dengan status tersebut...?

Hinakah seorang suami bila mana tidak memiliki sekeping pun ilmu yg diiktiraf dari pihak profesional luar negara tetapi mempunyai cukup ilmu ukhrawi untuk mgajak isteri kejalan menuju redhaiNya..?
Hinakah seorang suami yang tidak mempunyai harta untuk diberikan pada sang isteri...?
Hinakah seorang suami bila tidak mempunyai ilmu dan dan kepandaian sperti mana yang dimiliki sang isteri..?
Hinakah seorang suami bila tidak mempunyai rupa yang handsome untuk membuat sang isteri patuh padanya..?
Hinakah seorang suami bila tidak memiliki status keluarga yg disegani masyarakat untuk membuatkan sang isteri menghormatinya..?

Salahkan siapa...?

Salah ibu dan ayah yang meminta...?Sedarlah...
Setiap ibu dan ayah hanya mahukan yang terbaik untuk setiap anak -anaknya..Sama ada perkahwinan itu sesuatu yang bermula dari rasa cinta atau perkahwinan yang bermula kerana aturan keluarga semuanya adalah atas kehendakNya..

Salah anak yang terpaksa mengikut kehendak ayah dan ibu..?
Wahai anak..sekalipun ayah dan ibumu memaksamu..anggap saja semuanya adalah yang terbaik untuk anda..belajarlah mencintai suamimu kerana Allah..pasti saja rasa itu akan datang dan anda akan melihat segala kekurangan suami yang dilihat menjadi kesempurnaan yang tidak ada pada lelaki lain...sesungguhnya kesempurnaan itu milik Allah..

Salah lelaki yang bakal menjadi suami anda...?sedarlah..
Dia juga terpaksa mengahwini anda kerana mengikut kehendak ayah dan ibunya tapi dia lebih pasti yang semuanya adalah jodoh dari Allah untuknya..walaupun sedar akan kekurangan diri untuk berdiri sama tinggi dengan anda...tetapi kasihnya seorang suami hanya Allah yang tahu..dia tidak sanggup melihat anda dimamah api neraka sehingga dia sanggup mengetepikan kepentingan diri dan berkwhwin dengan anda...supaya anda tidak derhaka pada ibu dan ayah anda..itulah..kasih suami bawa ke syurga...

tahukah anda sesetengah kaum hawa betapa besarnya pahala anda sekiranya anda berlaku baik untuk suami anda..redhanya adalah milik anda sekiranya anda mempelakukannya seperti mana yang suami anda mahukan..tidak semestinya anda mempunyai cukup kesempurnaan asalkan anda mampu membahagiakannya..Syurga pasti milik anda...:-)

pengajaran yang saya dapat daripada cerita " Tiupan Sangkakala" yang berlangsung di TV3 tadi...satu cerita yg mampu membuat mana2 kaum hawa menyedari akan kekurangan diri...kasih nya suami pada isteri hingga akhir hayatnya..namun si isteri hanya berubah dan menyedari kelebihan suami bila dia sudah pergi menyambut seruanNya...sayangnya semuanya sudah terlambat...semoga cerita yang dipaparkan memberi pengajaran buat sahabat yang masih belum bergelar isteri pada seorang lelaki...hormatilah mereka yang bakal menjadi kekasih halal kita..supaya syurga akan menjadi milik kita bersama...ayuh sahabat...!!,,

No comments:

Post a Comment