wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Wednesday, December 7, 2011

syahadah tahfiz al quran

semua info sal syahadah from this blog :) thax atas info nya ..
http://keyboarddaie.blogspot.com/2011/10/syahadah-tahfiz-dan-sijil-tahfiz.html
why tiba2 nak cakap pasal syahadah tahfiz?..sebab saya tengok para huffaz sekarang banyak matlamat diorang juz hafal untuk masa yang ditetapkan..bila sambung ke tempat lain..mungkin hafalan mereka kian pudar..Allah hu rabbi.. syahadh ni mampu menguatkan hafalan kita di dada.. jom baca sedikit pasal syahadah..ini untuk diri saya juga n para huffaz yang lain..

Saya ingin menfokuskan syahadah tahfiz al-Quran ataupun dengan erti kata lainnya sijil tahfiz al-quran.

Kebiasaannya bagi setiap sekolah tahfiz ada istilah tertentu yang dikhususkan sebagai panggilan khusus bagi setiap nama-nama sijil dan peringkat mengikut ujian yang diambil.



Sijil Tahfiz biasanya dan kebanyakan setiap sekolah ataupun Maahad tahfiz menggunakannya dengan erti kata apabila seseorang pelajar itu dapat mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran dengan hafalan. Dan selepas dari itu pelajar tersebut akan dikurniakan Sijil Tahfiz Al-Quran.



Ada juga sebahagian Maahad tahfiz mensyaratkan untuk mendapatkan sijil ini perlulah mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran BESERTA mengulangnya kembali dengan satu ulangan. Bermaksud, selepas dari pelajar itu tamat mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran secara hafalan kemudian ditambah dengan mengulang kembali hafalannya serta melancarkan hafalannya bermula dari juzuk 1 hinggalah juzuk 30. Selepas tamat ulangannya, barulah pelajar itu dikurniakan sijil tahfiz al-Quran.



Bagi saya ini adalah lebih baik dari yang pertama, kerana kebiasaannya dan kebanyakannya pelajar-pelajar tahfiz yang hampir kepada juzuk 30 ini sibuk mengejar dan tidak sabar-sabar untuk mengkhatamkan hafalannya. Jadi secara tak langsung ulangan ataupun murajaahnya itu tidak diberi penumpuan yang khusus kerana sibuk memikirkan dan mengejar ‘khatam’ itu.



Matlamat sebenar untuk menghafal al-Quran bukanlah berniat sekadar hafal, khatam, kemudian tinggal.

Tujuan asal menghafal al-Quran ini adalah untuk menjaganya bukan sekadar hafal semata-mata.





Kita beralih pula pada Syahadah Tahfiz Al-Quran:



Penggunaan sijil tu kebanyakannya sama saja di mana-mana sekolah atauun maahad cuma mungkin dari segi makna terdapat perbezaan.



Syahadah, kebiasaannya diambil atas satu tujuan iaitu untuk menguatkan lagi hafalan al-Quran selepas dari peljaa itu tamat mengkhatam keseluruhan al-Quran secara hafalan.



Setiap sekolah, maahad tahfiz, pusat pengajian tahfiz berbeza cara untuk ‘mengambil syahadah’ ini.



Di bawah ini saya tuliskan beberapa cara yang berbeza untuk mendapatkan syahadah tersebut:



1- Setiap pelajar wajib mengkhatamkan al-Quran secara hafalan kemudian ditambah dengan ulangan bermula juzuk 1 hingga 30 sebanyak 40 kali pusingan (40 kali khatam). Selepas syarat itu disempurnakan barula pelajar itu dibenarkan untuk mengambil syahadah.



Untuk mengambil syahadah pula perlu membaca 30 juzuk al-Quran itu bermula juzuk 1 hinga 30 samada dihadapan semua pelajar dan dalam masa yang sama ada seorang guru yang menyemaknya secara TELITI dan disebelahnya ada 2 atau 4 orang pelajar tahfiz yang ditetapkan untuk membantu menyemak bacaan pelajar syahadah itu (saksi).



2- Wajib khatamkan al-Quran 30 juzuk (sama di atas) kemudian ditambah dengan ulangan sebanyak 8 kali ulangan dan selepas itu disemak oleh guru al-Quran secara khusus (one by one) tanpa ada sebarang gangguan dari pelajar lain. Guru kelas akan mekhususkan waktu untuk menyemak hafalannya secara TELITI.

Berbeza dengan 8 ulangan tadi, pelajar tersebut masih mengulang macam biasa cuma tiada pengkhususan baginya, mungkin pelajar tersebut mengulang bersama sahabat-sahabatnya ataupun baca dengan gurunya. Selepas guru berpuas hati dengan hafalannya dan guru mengizinkan pelajar tersebut untuk mengambil syahadah dengan cara membacanya dihadapan guru lain dengan bersaksikan 4 orang pelajar sebagai membantu proses penyemakan semasa proses syahadah berjalan.



3- Wajib khatamkan al-Quran 30 juzuk, kemudian ulangan 40 kali (sama no 1) Cuma bezanya ialah pelajar tersebut diasingkan dalam sebuah bilik khas untuknya. Di situ dia diletakkan selama 40 hari dan wajib berpuasa, disamping murajaah (mengulang) al-Quran. Pelajar tersebut tidak boleh keluar sama sekali sehinggalah selesai proses syahadah itu. Semuanya berlaku dalam bilik khas itu. Tujuan dibuat begitu adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut diganggu dengan pelbagai urusan dunia dan digalakkan untuk menumpukan sepenuhnya pada al-Quran tanpa ada sebarang gangguan.



Segala yang disebut di atas adalah proses biasa bagi seorang pelajar untuk mendapatkan ‘syahadah’. Cuma ada beberapa perbezaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak maahad tahfiz.



Antaranya:



Ulangan selapas khatam al-Quran



Ada yang meletakkan syarat wajib 100 kali ulangan, ada yang meletakkan 40 kali, 8 kali dan ada yang meletakkanya hanya sekali sahaja sudah memadai untuk mendapatkan siijil syahadah ataupun mengambil syahadah.



Tajwid



Syahadah al-Quran kebiasaannya ditumpukan pada hafalan semata-mata, jadi tidak menjadi sesuatu yang pelik sekiranya sewaktu bacaan syahadah disemak seandainya ada kesalahan kecil dari segi tajwid dan fasohah ia dianggap biasa dan tidak menjadi kesalahan kerana matlamat utama syahadah adalah ‘hafalan’



Tartil



Tartil ini adalah bacaan yang jelas dan huruf-huruf yang disebutkan dan bacaannya amat perlahan. Maka tidak peliklah sekiranya ada pelajar yang mengambil syahadah bermula selepasa subuh dan tamat pada tengah malam dan kemungkinan boleh sampai subuh esoknya. Hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja.



Bilangan hari



Hari juga menjadi syarat yang penting untuk mendapatkan pangkat yang tingi. Misalnya pangkat mumtaz (cemerlang), jayyid jidan (lebih baik), jayyid (baik), maqbul (sederhana).

Makin sedikit hari, makin tinggilah pangkatnya. Ini kerana pangkat dinilai berdasarkan kemampuan seseorang pelajar itu mampu mengkhatamkan al-Quran dalam waktu yang singkat.

Sebahagian maahad tahfiz meletakkan syarat hanya 4 hari sahaja dibenarkan untuk mengambil syahadah. Tidak boleh dikurangkan atau ditambah. Penilaan dibuat berdasarkan kelancaran dan kefasihan. Sekiranya pelajar tidak dapat menyelesaikan bacaannya hingga hari ke 4 dan perlu disambung bacaannya keesokkan harinya, ia dianggap mendapat pangkat maqbul (sederhana) kerana ia dinilai tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa yang ditetapkan.



Kesalahan kalimah dan tajwid



Ini adalah perkara yang sangat-sangat ditekankan. Sebahagian maahad tahfiz mensyaratkan HANYA 3 kesalahan saja yang boleh diterima. Sekiranya bacaan pelajar tersebut melebihi 3 kesalahan maka pelajar tersebut WAJIB mengulangnya kembali samada mengikut bilangan asal murajaahnya tadi ataupun mengikut bilangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Kesalahan; terdapat beberapa jenis:


KESALAHAN BESAR

- Kesalahan kalimah sehingga mengubah makna

- Kesalahan tajwid (ada yang mengangap ini kesalahan besar)

- Mengulang-ulang ayat yang sama sehingga ditegur berkali-kali

- Tidak dapat menyambung LANGSUNG selepas dibantu berkali-kali

- Tajwid-benda kecil tapi dipandang ringanbg pelajar (panjang pendek, dengung)



KESALAHAN KECIL

- Kesalahan tajwid

- Tertukar makhraj huruf

- Tertukar ayat/masuk ayat lain (ada setengah menganggap ini adalah kesalahan besar)



*semua yang disebutkan di atas adalah perkara yang ditekankan ketika mana proses syahadah dijalankan. Semuanya terpulang kepada pihak institusi samada meletakkannya dalam kategori kesalahan kecil atau kesalahan besar.



Sekiranya berlaku kesalahan besar, kemungkinan pelajar tersebut dibatalkan proses syahdah dan dinasihatkan untuk mengulang serta melancarkan al-Quran da mungkin diberi peluang untuk mengambil syahda untuk kali yang ke seterusnya.



Dan seandainya berlaku kesalahan kecil, di atas budi bicara guru atau ustaz yang menyemaknya mungkin pelajar tersebut diberi peluang untuk meneruskan proses syahadahnya itu.





Perlu diingat dan diberi perhatian.



Matlamat mengambil syahadah bukan untuk INGAT pada masa itu sahaja. Sebagai hafiz al-Quran, apabila dia mula menghafal maka bermulalah hukum wajib ke atasnya untuk menjaga al-Quran yang telah dihafalnya.



YAKIN. Ya, keyakinan sangat perlu dan amat ditekankan sekiranya anda ingin mengmbil syahadah. Walaupun anda mengulang seribu kali atau berpuluh-ribu kali sekalipun, sekiranya tiada keyakinan untuk ‘membuat atau mengambil syahadah’ saya percaya anda tidak akan mampu untuk melakukannya.



Teringat seorang teman, apabila ditebuk-disoal (istilah pelajar tahfiz), semuanya dia boleh jawab tanpa ada sebarang kesalahan walaupun satu. Tapi apabila disuruh mengambil syahadah, jawapannya ialah ‘aku tak yakin la’.



Aku tak biasa baca depan orang ramai, aku tak biasa baca ngn ustaz lain, aku biasa baca ngn guru kelas aku je… ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada pelajar-pelajar yang ingin mengambil syahadah. Mereka bukan tidak ingat akan quran yang dihafalnya tapi keyakinan dan kemampuannya untuk membaca dikhalayak ramai mungkin membataskan dia untuk mengambil syahadah.



Tapi ingatlah, saat yang paling manis ketika anda hendak mengambil syahadah itu adalah saat proses pengulangan itu. Masakan tidak ianya berasa manis, sebelum ini hendak baca sejuzuk sehari pun susah, sanggup ponteng kelas nak lari dari kena rotan oleh ustaz kerana ‘tak dapat’ hafalan untuk dibacakan di hadapan ustaz.



Tapi disaat proses pengulangan syahadah. Sehari anda mampu membaca 7 juzuk!!! Kadang-kadang disebabkan terlalu lancar dan masyi (al-Quran-berjalan), sampai anda tidak sempat nak mengulangnya, hanya tengok-tengok dan belek-belek sahaja kemudian terus pergi baca depan ustaz.



Walaupun saya tidak merasai ‘syahadah’ itu, saya bersyukur kerana dapat melalui proses itu, mungkin tiada rezeki untuk saya. Tapi kemanisan itu masih saya rasai sampai sekarang. Dengan tidak mengambil syahadah pun saya sudah merasai kemanisannya, apatah lagi mereka yang berjaya mengambilnya??



Tapi sudah mengambil syahadah bukan bermakna anda boleh meninggalkan terus al-Quran ‘anda’ itu. Tanggungjawab untuk mengulang itu haruslah berterusan hingga kamu mati. Tidak semua orang yang mengambil syahdah boleh ingat sampai mati. Manakala tidak semua orang yang tidak mengambil syahadah bermakna dia tidak ingat al-Quran. Jadi, peliharalah hati agar tiada unsur riak bagi menjaga al-Quran yang telah di amanahkan kepada kalian.



Mungkin jalan untuk menjadi imam terawikh (bagi lelaki) setiap tahun adalah jalan lain selain dari mengambil syahadah. Kata seorang ustaz, untuk mendapat al-Quran yang mantap, paling kurang dia kena jadi imam tarawikh 30 juz selama 5 tahun berturut-turt paling kurang dan ustaz itu telah membuktikannya. Sesibuk mana pun kita, jangan abaikan al-Quran.



Pesanan terakhir untuk para huffaz, peganglah kata-kata ini, al-Quran itu bukan kita punya, dan jangan memandang remeh pada ayat yang mudah bagi kalian. Contohnya pada ayat kursi, juz 30, surah yaasin dan sebagainya. Kadang-kadang ayat yang kita bajet senang tu la ia akan menjadi susah dan hilang khusunya time kita jadi imam, dalam exam ataupun dalm pertandingan musabaqah. Selepas itu akan terkeluar kata-kata: aku dah ulang dah ayat ni tapi pesal lupa plak???

Inilah buktinya al-Quran itu bukan kita punya, Allah akan hilangkannya bila Dia nak, segala benda yang dihafal confirm akan lupa, kecuali benda yang tidak dihafal. Kita ingat dengan cara benyak mendengar contohnya surah al-Fatihah. Ada setengah individu dia tidak pernah lupa al-Fatihah. Sebab dia tidak hafal. Seandainya dia hafal bermula dari ayat satu dan seterusnya mesti ada satu hari dia akan terlupa.



ini sahaja yang saya dapat kongsikan hasil dari pengalaman yang tidak seberapa ini, moga ada hikmahnya.



Sekadar perkongsian untuk sahabat huffaz, bakal huffaz dan terdetik menjadi huffaz

10 comments:

  1. Insha Allah , terima kasih kak ..
    bertambah semangat nak buat syahadah lepas baca blog ni ..

    ReplyDelete
  2. Saya tengah cari tempat untuk anak buat syahadah. Any suggestion?

    ReplyDelete
  3. Saya pun sama. Anak perempuan.. Nk cr tmpt terbaik. Hubungi sy 0192200285

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ats perkongsian. Sy jg ingin Mohon cadangan tempat terbaik utk sy hntr anak utk mengambil shahadah. Tkasih.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas ulasan diberi, alhmdulilh sy lulus ujian tersebut

    ReplyDelete
  6. Saya pun sama..cari tempat utk anak perempuan buat syahadah

    ReplyDelete
  7. Doakan saya berjaya buat syahadah.amin

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bermanfaat.Terima kasih

    ReplyDelete
  9. aku belum pun sampai tahap hafalan alquran yg mantap...surah2 pendek masih terkial2...tapi post ni cukup menyentuh hti terutamanya bab 'kemanisan' dalam proses syahadah...Allahu...berikan kami rezeki merasai manisnya menghafal alquran...aamiin

    ReplyDelete
  10. Masa kita baca tu ada berapa salah ya maaf ana tanya

    ReplyDelete