wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Tuesday, February 8, 2011

hati mukmin....

Orang mukmin yang sejati.....Jika terbuat dosa...Hatinya luka punah Sedih dan derita Jiwanya parah tak boleh
Melupakannya sepanjang masa Kalau ia anggota lahir Tentu nampak berdarah Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya masih ada
   Begitulah halus perasaan Seorang hamba yang berdosa Dia tak boleh melupakannya sepanjang masa Bagaimana dia boleh melupakannya Kerana parutnya masih ada
...Ertinya ingatannya pada dosa Tak boleh dilupakannya Teringat sahaja jiwanya tersiksa Teringat sahaja hatinya derita Payah sekali dia mahu melupakannya
Perasaan ini anugerah Dan nikmat dari tuhannya Takut dengan dosanya itu Jadi syafaat padanya Tersiksa dengan dosa Derita dengan kesalahan
Dianggap oleh Allah itulah
Hukuman kepada hambanya
Moga di akhirat kelak terselamat
Daripada siksa neraka

♠Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja ia bergelora
Kerana takut dengan tuhannya
Lebih lagi setelah terbuat dosa..................................#____#

No comments:

Post a Comment