wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Thursday, February 17, 2011

uwais AL-qarni

ENGKAU HANYA SEORANG INSAN BIASA
DARI KALANGAN BANI YAMAN
DISISIMU TIADA PUNYAI NAMA
PANGKAT DARJAT MAHUPUN KEDUDUKAN

SETIANYA UMAR ALI MENANTI SATU HARAPAN
KERNA MENGHARAP PENGAMPUNAN
SEPERTI MANA YANG TELAH DIKHABARKAN
OLEH UTUSAN RASUL JUNJUNGAN

KEADAANMU DIPANDANG HINA
KERNA BERPAKAIAN SERBA KEDHAIFAN
NAMUN BEGITU KAU SENTIASA MELEMPARKAN
PANDANGANMU KETEMPAT SUJUDMU

WAHAI UWAIS.. KEKASIH ALLAH
SUNYINYA NAMAMU DI DUNIA
TETAPI TERKENAL NAMAMU DISANA
SEHINGGA RASUL MENYINTAIMU

BERUZLAH DIRIMU DARI MANUSIA
KERNA INGIN MENGABDIKAN PADANYA
BAGIMU MERASA AMAN BERSAMANYA
BAGAIKAN ALAM ADALAH DIRINYA…

No comments:

Post a Comment