wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Saturday, January 15, 2011

Sudi kah dikau...

Satu ketika kau bertanya.. sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku.. agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya.. sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya dan akhlakku terjaga hendaknya sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari, jika ujian itu dtg air mataku ada yg menghapuskan.. sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar sudikah kau menjadi Penggerak semangatku.. agar bila aku kelesuan kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman :) Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu tnpa rasa ragu.. Sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang Satu ketika aku menjawab... Ya, Aku sudi.. Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI.. Tetapi, aku kembalikan soalan ini kepadamu.. sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU? jika aku sudah tidak seperti dulu? Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik Pemerhati, Peneman, Pembela Penggerak, Sahabat dan Penghiburku Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu.. Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu, menemanimu memerhatikanmu, mendidikmu membelamu, menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu Sudikah kamu? Aku percaya..kau masih sudi.. Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..

No comments:

Post a Comment