wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Thursday, October 14, 2010

Lelaki idamanku....

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa… Biarlah dia seorang yang buta Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman Pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH Kembali megah di muka bumiLelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat Papa memiliki akhlak mazmumah Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

No comments:

Post a Comment