wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Thursday, October 14, 2010

mamPukaH kiTa mnJadi seperTi MereKa???

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,Penawar hati kekasih Allah,Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,Isteri Rasulullah yang bijak,Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,Akur dalam setiap perintah,Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,Tiada memiliki harta dunia,Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,Inginku intip serpihan sabar,Daripada catatan hidup Siti Sarah.

Tabahkah jiwaku,Setabah umi Nabi Ismail,Mengendong bayinya yang masih merah,Mencari air penghilang dahaga,Di terik padang pasir merak,Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,Pengharapannya hanya pada Allah,Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,Permaisuri Nabi Ayyub,Pasrah dengan dugaan Tuhannya,Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,Namun ia kembali,Kerana iman yang kuat,Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?Mati dalam keunggulan iman,Bersinar indah,harum tersebar,Bagai wanginya pusara Masyitah.

No comments:

Post a Comment