wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Thursday, October 14, 2010

...niqab..

...Sesungguhnya tabir ini ada kalanya melemaskan, merimaskan, menyukarkan, melukakan hati, namun kerana Allah kugagahi, kerana siapalah aku ini tanpa kasih sayang dan rahmat-Nya. Subhanallah, kesusahan ini mendekatkan aku dengan perasaan mengingati kematian dan akhirat. Kelemasan ini membuatkan aku selalu bersama-Mu dan mengingati-Mu dalam setiap sedutan oksigen yang adakalanya sukar sampai ke pernafasanku. Alhamdulillah, andai hidup ini mudah dan bahagia saja, pasti aku lupa pada-mu, na’uzubillah…ya Allah…kekalkanlah kain kecil ini bersamaku hingga aku menemui-Mu…


Wahai Tuhanku, aku amat malu mengeluh dengan tabir yang kau hadiahi buatku ini, namun aku tidak akan menafikannya dan menipu dunia bahawa memakainya menggembirakanku setiap masa. Kuyakini janji-Mu, bahawa Syurga itu untuk mereka yang telah bersusah payah di dunia, bermujahadah dalam kehidupannya, berkorban dan terkorban dalam melakukan perkara2 yang Engkau cintai dan menyusahkan diri untuk segalanya demi-Mu wahai Tuhan yang maha Penyayang. Wahai Tuhanku, kuulang doaku buat sahabatku ketika ia memakai purdah di hadapan cermin sebelum aku mendapat hidayah sepertinya:

“Ya, Allah, haramkan wajahnya dari api neraka-Mu.”

a Rob, jika bukan kerana rahmat-Mu yang menghalangi aku membuka tabir ini, maka aku ini bertambah hina di hadapan-Mu, kumohon kau terima amalanku ini sebagai sesuatu yang mendekatkan rahmatmu, berkat dalam hidupku dan keredhoan-Mu yang kutagih..wahai Tuhan semesta alam, hatiku milik-Mu…Percepatkanlah kematianku kerana aku merindui-Mu….

People always say that, but it seems hard to me*-*

People:“Just open it (show ur face), there’s no problem”

Me: “Give me dalil why must I open it?”

People: “I am not sure but it’s not wajib isn’t it?”

Me: ( You are not sure? Then why you ask me to open it?)
People: Because u are da’ieyah (woman who bring people to Islam)

Me: “ Please give me dalil from al-Qur’an n hadith that da’ieyah cannot cover her face. No, I will not open it. Sorry.”

( I am wearing niqob for the sake of ALLAH- Actually I knew the dalils for niqob, that’s why I can’t accept it when people with no dalil asking me to open it and show my face, there is no reason for me to fulfill their request.)

“I am a Muslim. I Luv Islam very much. Islam n me cannot be separated. “

No comments:

Post a Comment