wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Friday, October 15, 2010

RintiHan Hamba -MU

Ya Allah,
Aku ingin mengadu kepadaMu,
Aku ingin bercerita kepadaMu,
Aku ingin meluahkannya kepadaMu,
Aku ingin berserah kepadaMu,

Ya Allah,
Adakah imanku seperti lilin?
Yang akan mencair apabila dibakar api kemaksiatan,
Adakah aku seperti pokok yang reput?
Yang sudah tidak dapat memberi manfaat kepada makhluk yang lain,
Adakah aku seperti batu yang keras?
Yang sudah tidak boleh ditegur dan dinasihati,
Ya Allah adakah aku seperti ini…?

Ya Allah,
Aku memohon kepada Mu,
Aku meminta kepda Mu,
Aku merayu kepada Mu,
Aku berhajat kepada Mu,

Ya Allah,
Berikanlah hidayah dan petunjukMu kepadaku,
Berikanlah aku keringanan dalam melakukan amal ibadah,
Berikanlah aku kekuatan untuk melawan hawa nafsuku,
Berikanlah aku kemudahan dalam setiap urusanku,
Berikanlah keberkatan, rahmat dan yang terbaik dalan diriku,

Amin.

No comments:

Post a Comment