wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Tuesday, December 21, 2010

aku lelaki yang malu

tolongla...
kenapa kamu selalu membukanya?
terjurai sel terlarang merunsingkan alam.
ternoda jiwa kerana berkelipnya mata.
sesaknya nafas mengkhayal imej larangan itu.

please la...
kenapa kamu sanggup jadikan jasad kamu murahan?
lelongan di pasaran intaian mata-mata.
menghakis kehormatan menjatuhkan kemuliaan ciptaan.
terguris iman merasa lemah.

tolonggg...
janganlah kamu tanggalkanya.
kami tunduk nampak pasangan tiang.
kami pejam nanti langgar tiang.
kami berpaling dilihat kejam.

tolonglah...
jgnlah kamu membuka aurat.
jasad kamu tak semurah lelongan utk dperlihat-lihatkn.
tubuh kamu bukan utk direnung buaya yg kelaparan.

kamu terlalu mahal,
kamu terlalu bernilai,
maka jagalah nilai kamu...jgnlah biar harga diri menjadi susut.
laku hanya di mulut-mulut buaya kelaparan.
tetapi hanya sampah di pasaran syurga.

please la wahai kaum hawa.

No comments:

Post a Comment