wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Wednesday, October 10, 2012

istikarah


Pilihlah yang buat hati kamu tenang, buat agama kamu menjadi lebih baik, buat ilmu kamu makin bertambah, buat kehidupan lebih bermakna, buat Allah lebih cinta, buat kamu lebih kasih pada Dia. Susah senang dia bersama."
Suatu hari di sebuah universiti tempatan, kelas syariah berlangsung seperti biasa. Hari itu diskusi bab munakahat. Tampaknya lebih diminati oleh para pelajar, mana taknya semua hadir tanpa seorang pun absent. Perhatian lebih fokus, pelajar 
lelaki tersengih-sengih. Pelajar perempuan malu-malu kucing.

Lantas seorang student muslimah mengajukan soalan menarik pada tutornya, Ustaz Ahmad Saifuddin..

Student: "Pada hemat ustaz, bagaimanakah cara yang munasabah, baik, dan syari'e untuk seseorang wanita itu mendapatkan jodoh? Sememangnya jodoh itu telah ditetapkan, maksud saya di sini..dari segi usaha dan ikhtiarnya. Boleh ustaz jelaskan?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Moga Allah merahmati kamu. Soalan yang baik. Pertama sekali, cari dan nilai sendiri, lihat kepada mana-mana lelaki yang berkenan dan layak untuk kita. Beritahu sendiri atau melalui rakan-rakan baik lelaki itu. Apabila lelaki itu terima, maklumkan sahaja kepada ibu bapa dan langsungkan segera. Pastikan lelaki itu masih tiada sesiapa. Nanti malu pula."

Pelajar lelaki mencelah: "Ya ustaz, metode kedua please!"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Baik, jalan yang kedua adalah, minta orang lain cari. Sebaiknya minta daripada orang-orang yang berpengalaman dan soleh untuk mencari jodoh yang sesuai untuk kita termasuk ibu bapa kita juga. Kita terima sahaja apa yang dicadangkan oleh beliau. Tanpa melihat rupa, kerjaya dan apa sahaja. Jika tidak mampu untuk menerimanya, kembali kepada cara pertama. Apabila sudah ada, solat istikharah dan rasa kecenderungan hati. Jangan tunggu mimpi. Bila ada rasa cenderung padanya, terima dengan hati terbuka."

Student muslimah: "Ada jalan alternatif?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Berserah kepada Allah sepenuhnya. Tidak mencari dan tidak meminta sesiapa mencarinya. Namun terus berserah kepada Allah 100%. Buka pintu hati untuk menerima mana-mana lelaki yang ikhlas untuk memikul tanggungjawab itu. Solat istikharah memohon restu dari Allah. Rasa kecenderungan hati itu dan cuba bertanya kepada orang yang berpengalaman. Sekiranya terlintas di fikiran, "Dia belum ada kerja lagi," atau "Dia kurang kacaklah," atau "Dia degree pun tidak ada." Sekiranya terlintas demikian, itu kita sudah membuat penilaian sendiri. Jika mahu berpegang dengan apa yang kita nilai itu. Sebaiknya kembali kepada cara pertama."

Student muslimah: "Tidak salah kan jika wanita memilih?"

Ustaz Ahmad Saifuddin: "Memilih tidak salah. Terlalu memilih dan cerewet mungkin salah. Wanita tidak banyak peluang untuk memilih berbanding lelaki yang terbuka slotnya empat kali.

Pilihlah yang buat hati kamu tenang, buat agama kamu menjadi lebih baik, buat ilmu kamu makin bertambah, buat kehidupan lebih bermakna, buat Allah lebih cinta, buat kamu lebih kasih pada Dia. Susah senang dia bersama."

♥ Student muslimah tersenyum kecil (^_^)

- Syabab Musafir Kasih -

No comments:

Post a Comment