wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Monday, October 15, 2012

~♥ PILIH LELAKI YANG BERAGAMA.

Ustaz, nak buat macam mana ustaz.
Saya dah kahwin tapi suami saya baca Al-Quran pun TAK PANDAI ustaz."

~♥ Isterilah AJARKAN suami,
Allah SWT beri PILIHAN untuk memilih yang terbaik.
Jadi mengapa memilih yang tidak memahami agama?
Yang tidak mempedulikan agama?

✿~ Bagi IBU AYAH : "TEST" lelaki itu terlebih dahulu.
Tanya elok-elok bab agama, dah lulus bab agama baru tanya bab yang lain.

"Tolong baca Quran. Surah lain, pakcik nak dengar."
"Jom solat Maghrib berjemaah. Kamu jadi Imamnya."

✿~ Bagi WANITA : Jika ingin dapat lelaki yang baik, carilah lelaki yang BELAJAR dan MEMAHAMI agama..
InsyaAllah, pasti bahagia berkekalan.

✿~ Bagi LELAKI : Untuk menjadi yang terbaik,
DORONGLAH diri untuk belajar agama dan jika ingin mendapat isteri yang baik,
belajarlah agama kerana lelakilah yang akan menjadi TUNGGAK utama dalam membina KELUARGA SAKINAH yang diredhai Allah SWT.♥

No comments:

Post a Comment