wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Wednesday, October 10, 2012

seadanya~

Member: "Bab, aku kadang-kadang sedihlah."

Syabab: "Kenapa?"

Member: "Tunang aku gemuk. Aku lagi kurus dari dia. Lepas nikah nanti sure double gemuk. Tambah-tambah lepas dapat baby."

Syabab: "Small matter. Tak payah sedih."

Member: "Ko kata small lah. Aku ni ha yang kena angkat dia."

Syabab: "Ish. Tak elok cakap macam tu. Kan dia sayang ko, ko pun sayang dia. Dah tunang nak nikah minggu depan dah pun. Syukur dan redha je."

Member: "Tapi..."

Syabab: "Ko beruntung sebenarnya. Sebab kecantikan dia hanya ko yang nampak."

Member: "Ha? Gemuk camtu cantik?"

Syabab: "Ya. Cuba kau bayangkan apa jadi bila dia kurus slim nanti? Mesti lagi cantik dari kecantikan yang dah cantik sekarang. Cuba kau fikir, Dafi dulu gemuk bila kurus jadi hensem. Ugly Betty gemuk, bila kurus jadi cantik. Yang bestnya, dia tak kurus sebelum kahwin dengan kau. Kau bayangkan kalau dia kurus sebelum kahwin, alamat dia pun tak hingin nak kawin dengan kau. Sure dia nak pilih yang kacak bergaya sepadan dengan dia. Tapi bila dia kurus after kahwin dengan kau, dia adalah isteri kau yang sah dan dia wajib setia pada kau je. Berdosa bila dia curang cari yang lain. Faham? So kau anggap je dia adalah permata yang tersembunyi dalam tiram. Cantik dan berharga. Untuk kau je."

Member terdiam. Entah mengiyakan atau tidak statementku itu.

Aku berlalu pergi ke kedai Mak Esah membeli cempedak goreng dan terus blah laju-laju tanpa menoleh ke belakang lagi.

Cempedak gorengku, bukan cempedak gorengmu.

No comments:

Post a Comment