wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Monday, October 15, 2012

ubah lah layar kapalmu~

"Kita tak berupaya tukar arah angin, tapi kita mampu mengubah layar kapal."

Perkara di atas perlu difahami oleh manusia yang selalu tertekan dengan pandangan orang lain terhadapnya.

Ingat pandangan orang lain terhadap diri sendiri ialah angin - kita tidak mampu mengubahnya.

Tapi kita mampu mengubah diri sendiri seperti layar kapal - ini di bawah bidang kuasa kita dan untuk sendiri berasa gembir

a dan bukannya demi mengubah pandangan orang lain.

Angin akan berubah secara sendiri bila sampai waktunya. Apa jua arah angin yang datang tidak perlu dirisau kerana kita dah pandai mengawal layar kapal untuk sampai destinasi yang diimpikan.

Senyum.

-selalulah pinta kekuatan dan pemeliharaan drpd Allah.-

No comments:

Post a Comment