wanita

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya
Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)

Saturday, April 23, 2011

Bila kamu bising fasal Zina Hati... ( Muhasabah )

Cerpen saya yang terkini, nampaknya menjemput satu ayat dua perkataan bertulis: ZINA HATI. Saya tidak faham di mana silap dan salahnya kerana perkataan itu adalah amat ‘asing’ dalam arena penulisan saya selama ini, walaupun karya-karya yang lebih kurang demikian telah banyak dikeluarkan oleh saya sebelum ini.

Tapi seronok juga. Boleh menulis artikel ini. Haha. Hidup ini mahu tenang dan steady sahaja. Cool.

Jadi di dalam artikel ini saya akan membicarakan berkenaan Zina Hati.

Dan sedikit teguran kepada orang yang hendak ‘menegur’ berkenaan Zina Hati ini.

Semoga Allah redha.

Asal istilah Zina Hati

Hati boleh berzinakah? Aha. Mana datang istilah Zina Hati ini? Datangnya adalah daripada hadith berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.

Maka di sinilah munculnya istilah Zina Hati.

Bukan sebarang reka sahaja ya.





Bagaimana zina hati?

Macam mana hati boleh berzina? Adakah dengan membayangkan dirinya melakukan zina dengan kekasihnya? Boleh juga demikian. Tetapi tidak semestinya perkataan ‘zina’ itu diterjemahkan kepada mengkhayalkan perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj semata-mata.

Zina Hati boleh juga terjadi apabila kita terlalu asyik mengkhayalkan pasangan kita, orang yang kita suka dalam keadaan mereka itu masih belum mahram terhadap kita. Yalah, zina itu adalah untuk kita dengan yang bukan isteri@suami kita. Kalau dia suami@isteri kita, itu tidak zina namanya. Tidak begitu? Fahamkan?

Maka yang membawa kepada terlalu asyik mengkhayalkan itu boleh bermula dengan pergaulan yang tidak terbatas baik di alam maya atau di alam realiti, dengan pelbagai cara dan versi. Akhirnya ia mewujudkan gangguan di dalam jiwa dan hubungan kita dengan Allah terganggu. Di sinilah berlakunya zina hati.

Kita tidak akan memandang Zina Hati ini besar, melainkan ia menganggu hubungan kita dengan Allah SWT. Hal ini kerana, dua perkara yang mustahil bersatu adalah keingkaran kepada Allah dan ketaatan kepadaNya. Gangguan terhadap jiwa, semestinya melunturkan kehidupan hati kita.

Satu perkara yang perlu diperhatikan di dalam hal Zina Hati adalah, apabila ianya tidak terkawal lagi, maka mungkin kita akan terbayangkan ‘zina’ yang sebenar di dalam khayalan kita, dan kemungkinan besar kita akan benar-benar melakukannya di alam realiti.

Maka hendaklah kita kembali memerhatikan bagaimana kita dalam menjaga batas hubungan antara lelaki dan perempuan.




Satu perkara berkenaan Zina Hati

Satu perkara penting perlu diperhatikan pada Zina Hati adalah, terletak perkataan ‘hati’ di sebelah perkataan ‘zina’ itu. Ya. Ada perkataan ‘hati’. Maka di sini, siapakah yang dapat menghukum, menghitung, mengadili hati seseorang manusia itu?

Selain Allah SWT, saya tidak kenal sesiapa yang mampu melakukannya.

Sebab itu, kita tidak boleh mengatakan kepada si fulan bin fulan: “Enta dah zina hati ni.” walaupun mungkin dia kelihatan angau berjalan melayang macam atas angin. Hal ini kerana, ingat, jatuh cinta, rindu, itu adalah fitrah. Dan naturalnya, memang manusia ada waktu ’slip’nya, tetapi tidaklah itu boleh dijadikan dalil untuk menghukum hati seseorang.

Guru saya di dalam ilmu Aqidah, Dr Ala’ Hilat mendidik saya bahawa: “Hatta sekiranya kau melihat seseorang itu sujud kepada pokok sekalipun, jangan sesekali kau mengkafirkannya (yakni menghukum keimanannya). Tetapi katakanlah kepadanya, bahawa perbuatannya adalah perbuatan orang kafir.”

Maka kaedah ini digunakan di dalam permasalahan hati, dan semestinya permasalahan perkara Zina Hati ini. Tidak boleh menuduh seseorang itu: “Enta zina hati ni,” tetapi bolehlah berkata kepadanya: “Angau-angau ni bolehlah membawa kepada zina hati. Enta kena hati-hati.” Ternyata, ayat pertama dan kedua adalah dua ayat yang sama sekali berbeza. Di sini letaknya beza ‘tuduhan’ dan ‘teguran’.

Sebab itu, sebagai contoh paling dekat dengan mata anda sekarang, adalah artikel saya dan website Langit Ilahi ini. Jika anda perasan, Langit Ilahi banyak membincangkan hal-hal hati, keimanan, hubungan dengan Allah, dosa dan sebagainya. Banyak hal dalaman. Tetapi apakah saya mengajar anda untuk menghukum orang lain? Tidak. Banyaknya melihat diri sendiri.

Sebagai contoh, apabila saya berkata keimanan itu buktinya adalah amal. Kalau tak pakai tudung itu tanda tidak sempurnanya iman. Dari segi fakta, ia benar. Tetapi ia tidak boleh digunakan untuk menuding jari seperti ini: “Tengok akak tu, dia tak pakai tudung. Iman dia tak sempurna.” Tidak dan tidak. Tidak sesekali untuk menghukum orang lain.
Dia tidak memakai tudung, itu mungkin adalah simptom kurang sempurnanya iman. Maka kita sebagai ‘doktor’ menjangka dia ada masalah iman. Tetapi kita tidak tahu, benarkah dia ada masalah keimanan dengan Allah? Atau dia memang tidak tahu tudung itu wajib? Jika dia tahu tudung itu wajib, apa masalah lain yang mungkin menyebabkan dia tidak memakai tudung? Maka kita approach dengan hikmah, untuk merawat ‘tidak pakai tudung’ yang kita nampak.

Tetapi bayangkan ya, anda terus-terus berkata: “Hei si fulanah binti fulanah, kau tak pakai tudung ni, iman kau tak sempurna.” Agak-agak apa pandangannya terhadap kita?

Sebab hal-hal sebegini, jika hendak digunakan untuk mendidik masyarakat pun, ia perlu dikeluarkan dalam bentuk umum. Sebab kita memang tidak akan mengetahui apa kondisi hati seseorang. Kita hanya dapat menjangka sahaja. Yang benarnya, hanya Allah tahu. Maka sekiranya kita menegur, kita tegur secara umum. Jika benar dia bersalah, dan teguran kita adalah teguran yang kena padanya, insyaAllah dia akan tertarik kepada kita dan memperbaiki dirinya.

Tidakkah begitu?




Ekstremis di dalam isu Zina Hati

Saya pernah menyarankan berkenaan: “Kalau rindu, jumpalah tunang. Ajaklah makan bersama famili.” Kaedah ini diajar sendiri oleh guru saya, mudir saya, Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.

Tetapi, wujud suara-suara menyatakan: “Ish, mana boleh. Nanti zina hati.”

Pada saya, ini adalah pandangan yang ekstremis. Minta maaf saya sebut.

Cuba lihat kiri dan kanan anda, apa suasana masyarakat hari ini? Hubungan tanpa syara’ itu sudah jadi kebiasaan bukan? Couple pegang-pegang tangan, dating dan sebagainya. Sebagai manusia biasa, memang kita pun ada hajat hendak melakukan demikian. Lebih-lebih lagi kalau yang bertunang tu memang bertemu pun tak pernah, atau sembang pun jauh sekali, sms pun hal-hal penting nak uruskan itu ini then full stop. Jadi apa salahnya me’rai’kan kegundahan jiwanya dengan cara yang syara’?

Kenapa mesti mengeluarkan isu Zina Hati di sini?

Tidakkah anda melihat bahawa teknik ini adalah ‘gula-gula’ untuk menenangkan ‘anak yang merengek menangis’? Di sinilah seninya.

Contoh lain. Cerpen-cerpen jiwang yang syar’ie. Yakni ditulis berkenaan percintaan antara suami isteri. Mengapa diungkit perkataan Zina Hati? Kemudian dikaitkan pula dengan pengarangnya, dinyatakan pengarangnya juga Zina Hati.

Mengapa demikian wahai manusia-manusia yang saya kasihi?

Tidakkah anda melihat dari satu sudut bahawa watak itu adalah SUAMI&ISTERI? Kemudian sejak bila pula anda menjadi TUHAN dengan menyangka penulisnya membayangkan yang bukan-bukan? Kemaruk itu dan ini? Sepatutnya, karya adalah karya. Penulisnya adalah penulisnya. Apakah jika seorang penulis berjaya menulis satu watak yang jahatnya tak boleh blah, sadis dan kejam, dikatakan kepadanya: “Dalam kepala enta ni ada juga bayang benda-benda begini ya.”

Sedangkan, kadangkala, seorang penulis itu(contohnya saya) tidak menulis sesuatu itu dari ‘pengalaman’(yakni pernah buat, atau mengkhayalkan diri membuatnya) tetapi mungkin karya itu terhasil dari maklumat-maklumat lain(bacaan, pengamatan) yang diadun dan digubah menjadi karya. Dan perlu dilihat juga, KESELURUHAN karya membawa kepada apa? Apa tema utama? Apa yang hendak disampaikan? Tidakkah ZINA HATI merupakan satu perkataan yang hakikatnya merupakan cebisan puzzle yang tidak tepat untuk melengkapkan ‘puzzle’ karya tadi?

Maka, jika ekstremis di dalam Zina Hati ini tidak dikawal, maka ‘gula-gula’ buat masyarakat dalam mengajak mereka kembali kepada ‘cinta yang bersih’, memperbaiki takrif mereka terhadap ‘cinta’, akan lenyap. Apakah begitu yang dikehendaki?

Maka tidak boleh wujud kompilasi Aku Terima Nikahnya, maka jangan ditulis Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih, maka jangan dibuat Tautan Hati dan Mawar Berduri, dan karya-karya Hlovate sepatutnya diharamkan. Kerana semua itu, sekiranya difikirkan secara ekstrim, mampu membawa kepada zina hati.
Bagaimana?

Maka di sini nasihat saya. Memang bagus niat baik nak risau fasal Zina Hati. Tetapi ekstrem juga bukanlah sesuatu yang bagus. Tambah-tambah, berkenaan hal hati yang ‘tidak nampak’ ini.

Betul?




Zina Hati, Allah adalah saksi

Maka akhirnya, jika dilihat dan diperhatikan kembali, zina hati adalah sesuatu yang hanya Allah mampu menjadi saksi. Kita sebagai manusia, yang hendak mengajak diri dan masyarakat agar menjadi hamba yang Allah redhai, hanya mampu menjaga diri sendiri dan memberikan teguran kepada masyarakat dalam bentuk umum.

Adapun tuduhan, adalah tidak sesuai langsung hakikatnya. Oh, melainkan anda adalah Khidir di zaman ini, maka itu bukanlah termasuk di dalam ajakan saya ini.

Pesanan kepada semua pula, sekiranya benar hendak menjadi hamba yang Allah redha, maka hati adalah perkara pertama yang perlu dijaga. Niat, keikhlasan, kejelasan matlamat, semua perlu diperhatikan. Begitulah juga pentingnya menjaga hati dari maksiat-maksiat, lebih-lebih lagi yang halus menyusup seperti Zina Hati ini.

Hal ini kerana, apabila hati dijangkiti virus-virus ini, hubungan kita dengan Allah akan terganggu. Itu semestinya.

Allah adalah saksi. Walaupun mungkin orang lain tidak berhak menghukum kondisi hati kita. Tetapi Allah tahu.

Dan kita juga tahu kondisi hati kita sendiri, untuk melakukan perubahan.

Atau kita memilih untuk membiarka

No comments:

Post a Comment